Latest News

Monday 18 April 2016

JALAN RAYA KG. HIMBAAN, RANAU: Telah Dimaklumkan Beberapa Kali Mengenai Jalan Kampung

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Keadaan jalan raya di Kampung Himbaan, Ranau... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

PEMBINAAN jalan kampung sebenarnya melalui 'peruntukan khas'. Perkara ini telah beberapa kali AFS tulis dan memaklumkan kepada netizen khasnya rakyat Sabah. Apabila jalan sesebuah kampung dibina, maka jalan seperti itu perlu dijaga termasuklah dilalui oleh kenderaan berat berikutan jalan seumpama itu tidak dibina untuk menampung kenderaan berat seperti lori-lori balak.

Kalaulah jalan-jalan kampung dijaga agar tidak dilalui kenderaan berat seperti jentera-jentera berat, maka jangka hayat sesebuah jalan kampung itu boleh bertahan lama.

Sebahagian jalan di sebuah kampung di Ranau itu yang dikatakan terletak di DUN Datuk Dr. Ewon Ebin telah rosak, kononnya, sudah diminta supaya ianya diselenggarakan. Namun, masih belum dilakukan ertinya, kos 'one-off' baginya belum tersedia.  Pada kebiasaannya, jalan-jalan kampung yang bersifat 'one-off', kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya (Sabah) mempunyai tempoh jangka hayat bagi sesebuah jalan. Tetapi kadangkala, tempoh hayat itu tidak dicapai atas sebab jalan-jalan seperti itu kerap dilalui kenderaan yang tidak sepatutnya melalui jalan-jalan tersebut. Ini yang sering berlaku di sesebuah jalan kampung di pedalaman Sabah.

Selain itu, penyebab sebahagian kerosakan itu diakibatkan oleh pergerakan tanah di kawasan tersebut. Oleh kerana jalan kampung seperti itu telah diaspal sebelumnya, maka apabila tempoh masa telah tiba jalan seperti itu akan diperbaiki. Apabila peruntukan tersedia, maka jalan seperti itu akan diperbaiki. 

Sebenarnya, menviral jalan-jalan seperti itu tidak berimpak apa-apa kerana jalan-jalan yang sudah diaspal sebelumnya telahpun mempunyai senarai di Jabatan Kerja Raya di daerah masing-masing. Hanya politikus ingin publisiti murahan sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook