Latest News

Tuesday 12 April 2016

JAWAPAN Isu Kawasan Parlimen Sepanggar & DUN Karambunai

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) INI bila Mau Kasih Opss Bersih... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)

BARU-BARU ini ada inidividu yang memuat naik status laman muka buku yang menyatakan bahawa ADUN Karambunai tidak melakukan kerja untuk memerangi PATI di Gentisan.

Untuk maklumat individu yang membuat fitnah ini, Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid bersama kerajaan tidak pernah membenarkan penempatan haram dan senantiasa memberi kerjasama dengan pihak polis.

Banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri. Buktinya, dalam proses pengusiran PATI pada 2013 sahaja, seramai 13,222 PATI diusir ke negara asal diikuti 17,607 PATI pada 2014.

Bagi tahun 2015 bermula Januari hingga 30 Julai lalu, jumlah pengusiran mencecah 15,368 orang dan mensasarkan 22,000 PATI yang diusir balik. Hal ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam hal ini.

Untuk kawasan DUN Sepanggar sahaja, setiap tahun kerap diadakan operasi bagi menangani isu PATI ini. Bagi AFS, individu ini hanya membuat fitnah semata-mata bagi mendapatkan perhatian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook