Latest News

Friday 15 April 2016

JAWAPAN Kes Pemalsuan Kad Pengenalan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) es pemalsuan kad pengenalan... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

SEMUA pemimpin di Sabah termasuklah pemimpin dalamBarisan Nasional Sabah mahu masalah pemalsuan isu kad pengenalan ini dapat diselesaikan. Salah jika kita menyatakan bahawa kerajaan tidak serius mengenai hal ini. 


Sebagai contoh JPN sendiri sudah menyatakan bahawa belum ada kes pemalsuan kad pengenalan struktur baru dikesan pada tahun 2013. Hal ini disebabkan dengan peningkatan teknologi yang ada dalam kad pengenalan itu. 


Cadangan Darell Leiking untuk penggantian kad pengenalan di parlimen perlu dikaji dahulu sebelum diluluskan. Dikaji disini ialah penilaian secara mendalam kesan dan bagaimana perlu dilaksanakan.


Ini pihak pembangkang selalu tergesa-gesa hari ini keluar cadangan hari ini perlu dilaksanakan dan yang paling bermasalah ialah menyalahkan kerajaan. Sedangkan perwakilan pembangkang hanya mencadangkan tanpa ada cara untuk melaksanakan perkara ini.


Isu ini sudah pun dicadangkan dihantar ke jawatankuasa teknikal warga asing. Perkara ini perlu sebelum ianya dibahaskan atau dicadangkan di dalam parlimen perlu ada penilaian atau pembincangan secara dalam mengenai isu ini.


Masalah perwakilan pembangkan ialah suka menjadi hero dengan memberi sentimen bahawa kerajaan tidak serius sedangkan kerjaaan memang serius mengenai isu ini cuma perlu penilaian dan timbangtara yang dalam agar isu ini dapat ditangani. Buktinya PBS dalam kompenen BN juga mengeluarkan cadangan penarikkan kad pengenalan yang diragui status kewarganegaraannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook