Latest News

Thursday 14 April 2016

KAWASAN SAFODA: Mengapa Dikatakan Sebagai Tanah Adat?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ketua kg Bintasan Tengah melahirkan kekeciwaan terhadap SAFODA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TAHUN 1977, apabila kerajaan memperkenalkan penanaman kayu Akasia selepas penubuhan Sabah Forest Development Authority (SAFODA) pada tanah-tanah kosong milik kerajaan, ramai rakyat yang terlibat termasuk menanam kayu itu di kawasan mereka. Memang kawasan-kawasan penduduk itu merupakan kawasan yang diduduki secara turun temurun, dan sememangnya tanah-tanah itu milik kerajaan kerana tidak bergeran.

Anggapan SAFODA seperti mana yang kerap berlaku apabila sesuatu kawasan yang mempunyai tanaman kayu Akasia dan tanah itu adalah masih milik kerajaan secara automatiknya kawasan agensi kerajaan tersebut.

Selagi rakyat yang mengaku menduduki tanah itu tidak dapat menunjukkan hak milik ke atas tanah pada sesuatu kawasan, maka SAFODA boleh menuntut sebagai kawasannya kerana penubuhan syarikat itu bertujuan menanam semula hutan dengan menggunakan kayu Akasia. Mana-mana kawasan yang tidak bergeran dan ditumbuhi kayu Akasia menurut penubuhan SAFODA adalah masih kawasan miliknya.

Sejak akhir-akhir ini akibat berkurangnya tanah, maka ramai rakyat mengaku bahawa sesuatu kawasan itu adalah tanah adat. Tanah yang dikategorikan sebagai tanah adat jika pada kawasan itu terdapatnya perkuburan penduduk selain tanaman tahunan seperti buah tarap, mempelam (mangga) atau pokok durian yang berumur tidak kurang 50 tahun. Jika tiadanya tanda-tanda seumpama itu, maka kawasan itu tidak boleh dituntut sebagai tanah adat.

SAFODA cukup jelas dengan tuntutannya pada sesuatu kawasan. Jika kawasan itu hanya dipenuhi kayu Akasia tanpa tanaman lain, maka secara automatiknya memang kawasan itu  kawasan SAFODA. 

SAFODA sebagai agensi kerajaan sangat jelas kedudukannya. Jika sesuatu kawasan itu bukan miliknya sebagai agensi kerajaan pasti tidak akan bertindak. Namun, akhir-akhir ini ramai penduduk mengambil kesempatan dengan menuntut sesuatu kawasan adalah tanah adat. Sedangkan, dari awal-awal lagi tanah itu merupakan tanah kerajaan sebelum ditanam kayu Akasia.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook