Latest News

Wednesday 20 April 2016

KENAPA Debat Antara Dato' Abdul Rahman Dahlan Dan Lim Guan Eng Dihentikan?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) aka Kipas2 pun takut kepanasan sendiri... Oleh FB Millin Biok Jr (screenshot)
(ii) Hentikan debat hormati keputusan Ketua Polis Negara... Oleh Web Berita harian (screenshot)

PUNCA debat antara Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng adalah berkaitan Tanah Taman Manggis di Pulau Pinang yang dijual kepada kawan perniagaan pemilik banglo yang dibeli Lim Guan Eng pada nilai harga di bawah harga pasaran.

Oleh kerana isu tanah dan banglo sedang disiasat pihak SPRM dan PDRM, maka dua agensi meminta Dato' Abdul Rahman Dahlan dan Lim Guan Eng tidak berdebat berkaitannya disebabkan boleh menganggu siasatan kedua-dua agensi tersebut.

Kesanggupan stesen RTM dan TV3 sebelum arahan Ketua Polis Negara (KPN) dan SPRM untuk menyiarkan debat itu, akhirnya akur dengan arahan dua agensi tersebut. Ini kerana dua stesen tv itu tidak mahu terlibat dalam 'sub judice' berkaitan dengan siasatan terhadap dua isu itu.

Sebenarnya, menghentikan debat itu boleh menguntungkan Lim Guan Eng kerana rakyat tidak akan mengetahui salah laku Ketua Menteri Pulau Pinang itu sementara Dato' Abdul Rahman Dahlan yang mahu berdebat berkaitan isu itu tidak akan rugi apa-apa atau untung. Oleh kerana dua isu itu bukan berkaitan dengan Dato' Abdul Rahman Dahlan atau kerajaan Persekutuan melainkan dua isu itu hanya berkaitan dengan Guan Eng serta kerajaan DAP Pulau Pinang.

Pada mata kasar, arahan SPRM dan PDRM itu banyak pihak melihatnya sebagai penyelamat kepada Lim Guan Eng agar salah laku terhadap Lim Guan Eng itu tidak terdedah kepada umum.

Berkaitan dengan komen-komen di facebook yang mengecam Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak kerana menteri itu bersetuju dengan arahan PDRM dan SPRM, sebenarnya telah salah alamat jika memang benar mereka itu penyokong Lim Guan Eng kerana menghentikan debat itu berimpak positif kepada pemimpin DAP tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook