Latest News

Thursday 21 April 2016

Kenyataan ADUN Bongawan Di DUN Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Another Idiot from Bongawan who is saying Anifah is wasting... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)
(ii) Ni dia YB UMNO dari Bongawan... oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

KENYATAAN ADUN Bongawan di DUN Sabah pada 19 April 2016 bagi sesi Persidangan DUN Sabah yang ke-14 berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963, Tuntutan 40% daripada pendapatan bersih persekutuan di Sabah adalah tepat. Ini kerana pihak kerajaan negeri bukan sahaja berunding di meja bulat dengan para pemimpin persekutuan, malah keputusan kerajaan negeri dan persekutuan hampir selari disebabkan kerajaan negeri dan persekutuan sama-sama ditunjangi parti yang sama iaitu UMNO.

Bagi mereka yang bukan pentadbir kerajaan negeri, sudah tentu tidak mempunyai maklumat berkaitan dengan sumber-sumber kewangan negeri. Apakah sumber kewangan itu berpunca secara dalaman mahupun daripada persekutuan.

Jika benarlah bahawa 40% pendapatan bersih persekutuan itu lebih besar berbanding dengan kewangan yang disalurkan kepada Sabah, maka sudah tentu kerajaan Sabah sudah lama menuntutnya. Oleh kerana jumlah 40% itu jauh lebih kecil berbanding dengan kewangan yang disalurkan kepada Sabah, maka kerajaan Sabah tidak memberi perhatian serius berkaitan tuntutan itu.

Dato' Sri Anifah Aman yang menjadi Ketua/Pengerusi kepada mereka yang menuntut 40% pendapatan bersih persekutuan daripada Sabah hanya bersifat 'ketua' kepada para pemimpin pembangkang dan NGO pro pembangkang agar tuntutan mereka itu diperhalusi oleh kerajaan. Benar juga, Perdana Menteri sendiri telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa mengkaji 40 peratus itu. Setelah dibuat kajian, maka terbukti bahawa bayaran 40% daripada baki hasil pendapatan persekutuan di Sabah adalah jauh lebih kecil berbanding dengan pemberian tahunan persekutuan kepada Sabah.

Sabah, yang merupakan negeri kedua terbesar dalam negara, sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak setiap/sepanjang masa berasaskan keperluan. Jika bayaran persekutuan seperti bayaran tunai Petronas kepada Sabah iaitu 5%, maka ruang untuk berunding atau meminta peruntukan tambahan akan terus tertutup.

Mereka yang tergabung dalam tuntutan 40% bayaran bersih daripada baki pendapatan persekutuan daripada Sabah, sebenarnya mahu agar supaya Sabah tidak mendapat bayaran lebih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook