Latest News

Monday 4 April 2016

KES Penculikan Di Kawasan Pulau Ligitan, Semporna

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa minta ESSCom, PDRM usaha sedaya upaya kesan mangsa culik... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)
(ii) Penculikan di Sabah: Malaysia akan hubungi Filipina – Anifah... Oleh FB Jaymie Jaime (screenshot)

TIADA yang boleh mengesahkan bahawa penculikan pada petang Jumaat bertarikh 1 April 2016 di antara pukul 6.15 hingga 6.30 petang berlaku di kawasan Pulau Ligitan yang berada di perairan Malaysia. 

Pada kejadian itu, lapan (8) penculik bersenjata memintas Massive 6 yang membawa sembilan (9) krew iaitu 4 rakyat Malaysia, 3 Myanmar dan 2 Indonesia. Seperti mana dalam laporan, hanya rakyat Malaysia sahaja yang diculik. Sehingga kini, masih belum ada maklumat berkaitan rakyat Malaysia itu kerana penculik masih belum berhubung dengan mana-mana pihak keselamatan di negara ini.

Ketua Menteri Sabah sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah, meminta dan menggesa pasukan keselamatan di semua peringkat termasuk yang berkomunikasi dengan kerajaan Filipina berkaitan dengan kejadian itu .

Penculikan yang berlaku pada petang Jumaat itu, iaitu setengah jam sebelum berkuatkuasanya perintah berkurung bagi kawasan Pantai Timur Sabah, tambahan kejadian itu adalah berlaku di luar kawasan ESSCOM/ESSZONE.

Sebenarnya, kejadian penculikan terbaru ini merupakan taktik baru penculik kerana sebelum ini mereka mensasarkan mangsa dari darat atau pusat-pusat pelancongan. Penculik kini tidak lagi mengenal pasti siapa sasaran atau mangsa, asalkan akan mendapat mangsa.

Sebenarnya, penculikan kerap berlaku kerana wang 'ransom' akan terlibat. Sekiranya wang tebusan tidak dibayar seperti mana berlaku pada rakyat negara-negara lain yang diculik, maka tidak mendorong penculik untuk menculik sesiapa sahaja asalkan mangsanya adalah rakyat Malaysia.

Berasasakan modus operandi penculik di mana tidak mengenal lagi siapa sasaran mereka, maka untuk menyelesaikan kes penculikan di kawasan itu dan laluan di kawasan itu perlulah ditutup serta-merta atau sebarang kapal mesti diiringi oleh pasukan bersenjata, seperti mana dilakukan di perairan Afrika Utara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook