Latest News

Tuesday 5 April 2016

LAGI KES CULIK SABAH DI PERAIRAN ANTARABANGSA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) APA SUDAH JADI DENGAN PERAIRAN SABAH... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(ii) SABAH SELAMAT DAN TERKAWAL... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

DUA kejadian penculikan terbaru iaitu pada tanggal 28 Mac dan 1 April yang lalu, kedua-dua penculikan itu berlaku di Perairan Antarabangsa di antara Pantai Timur Sabah dan Selatan Filipina.

Oleh kerana kawalan keselamatan di perairan Sabah cukup ketat termasuk 'Perintah Berkurung' selama 12 jam bermula dari 7 malam hingga 7 pagi, maka penculik terpaksa mengubah taktik.

Pasukan  keselamatan yang beroperasi di ESSCOM dan ESSZONE tidak mempunyai kuasa di Perairan Antarabangsa, demikian juga pasukan keselamatan Filipina.

Oleh kerana tindakan pasukan keselamatan Filipina memburu penculik sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak Malaysia, maka sebagai akibatnya sehingga kini, tiada perhubungan dibuat oleh pihak penculik kepada mana-mana pihak. Penculikan 10 orang rakyat Indonesia pada 28 Mac dan 4 rakyat Malaysia pada 1 April itu sehingga kini tidak diketahui status mangsa.

Di Malaysia, Menteri Luar Negara Dato' Sri Anifah Aman sudah berhubung dengan kerajaan Filipina malah reaksi segera negara itu adalah melalui kenyataan Duta Besarnya di Kuala Lumpur bahawa pasukan keselamatan negara itu bertungkus lumus mengesan pergerakan penculik dan mangsa. Namun, sehingga kini belum berjaya mengesan di mana lokasi sebenar.

Di Sabah pula, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah meminta pasukan keselamatan berusaha semaksima mungkin termasuk berhubung dengan pihak pasukan keselamatan Filipina bagi mengesan penculik dan mangsa.

Seharusnya, semua pihak berbangga dengan berkesannya pasukan keselamatan yang mengawal Pantai Timur Sabah melalui ESSCOM dan ESSZONE kerana pihak penculik tidak lagi dapat memasuki perairan Sabah apatah lagi darat sehingga hanya terpaksa beroperasi di Perairan Antarabangsa sahaja.

Oleh kerana penculik beroperasi di Perairan Antarabangsa, maka kini menjadi tugas utama pasukan keselamatan Filipina kerana para penculik merupakan rakyat negara itu. 

Penggiat media sosial di negara ini, termasuk para penggiat media sosial pro-pembangkang kena jujur pada diri sendiri bahawa tindakan penculikan terbaru bukannya disebabkan kelemahan pasukan keselamatan Malaysia atau pemimpinnya. Hal ini kerana adalah tindakan penculikan terbaru itu berlaku di luar kawalan negara Malaysia.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook