Latest News

Wednesday 6 April 2016

LEBUHRAYA PAN BORNEO

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Baru mau lancar, bikin belum tentu.. Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, laluan bagi Lebuhraya Pan Borneo sejauh 706 km dari Kudat ke Sindumin dan Sandakan ke Tawau, telah sedia ada. Hanya melalui Projek Lebuhraya Pan Borneo, lebuh raya itu dinaik taraf ke empat (4) lorong daripada dua (2) lorong.

Kos lebuh raya itu sebanyak RM12.8 bilion telahpun tersedia kerana telah diluluskan oleh Parlimen . 

Pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri pada tanggal 23 April 2016 ini,  sebenarnya berupa upacara majlis, akan tetapi pembinaan atau kerja-kerja menaik taraf lebuh raya itu sudah bermula. 

Pelancaran 23 April bukannya pecah tanah, sebaliknya pada upacara itu akan diperkenalkan para kontraktor yang terlibat dalam pembinaan.

Tidak timbul lagi bahawa pelaksanaan lebuh raya itu akan ditangguh kerana selain bajet kewangan telah tersedia, para kontraktor juga sudah dilantik. Penangguhan hanya akan berlaku jika kontraktor yang dilantik tidak berkenaan dengan projek itu atau tidak ada kontraktor yang ingin dilantik sebagai kontraktor projek.

Maka dengan itu, jika pembinaan lebuh raya itu tidak diteruskan, maka apa kata pemilik facebook itu perlulah mempengaruhi kontraktor yang telah dilantik agar menolak projek itu. Jika berlaku demikian, maka barulah terbukti seperti mana dakwaan pemilik facebook itu apabila projek itu tidak menjadi.

Projek Lebuhraya Pan Borneo, adalah satu projek yang bakal mentransformasi ekonomi bagi Sabah dan Sarawak, yakni projek itu sangat 'vital' bagi kedua-dua negeri tersebut. 

Tiada istilah bagi penangguhan projek mustahak itu!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook