Latest News

Thursday 28 April 2016

MANA SATU Kekayaan Sabah Diambil Semenanjung?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pemimpin dan penyokong UMNO BN, PKR, DAP, PAS SABAH... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

APA yang terlihat adalah 'hasil minyak'. Cari gali minyak dilakukan oleh Petronas dengan kerjasama syarikat-syarikat besar antarabangsa. Bayangkan Petronas yang diwujudkan pada tahun 1974 adalah semata-mata untuk mencari minyak, pun demikian tidak mampu berdiri sendiri melakukan cari gali minyak dan gas secara bersendirian kerana sifat indutsri itu adalah padat modal.

Bayangkan dalam usaha cari gali, kos berbilion boleh sahaja lesap kerana tidak menemukan minyak. Atas sebab itu, kerjasama antara Petronas dengan syarikat-syarikat lain selama berpuluh tahun dengan nilai pelaburan berbilion ringgit janganlah dianggap semudah ABC.

Kepada saudara Dusun Ausie, jikapun Sabah menebang semua kayu-kayan yang terdapat di seluruh Sabah, masih tidak akan mampu membiayai kos cari gali minyak yang bertahun-tahun itu. Mereka yang memutuskan bahawa Petronas perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat besar dunia bukannya bodoh kerana memang cara demikian merupakan kaedah 'win-win situation'. 

Hanya minyak sahaja yang digali di luar pesisir pantai Sabah yang ada dikongsi dengan Persekutuan dan Petronas. Bahagian Persekutuan sebenarnya dipulangkan semula dalam bentuk bayaran kepada pasukan keselamatan yang mengawal kawasan-kawasan negara termasuk pelantar-pelantar minyak.

Selain daripada minyak, tiada lagi hasil Sabah dikongsikan dengan Persekutuan. Hal ini kerana dalam soal-soal tanah, kayu-kayan, kelapa sawit dan hasil perikanan semuanya hak Sabah secara hakiki dan sepenuhnya.

Hanya mereka yang tidak tahu selok-belok aktiviti dan kegiatan ekonomi Sabah seperti Dusun Ausie yang boleh berkata demikian. Biasalah, orang tidak berilmu selalu berteriak-teriak kononnya pandai, tetapi malangnya hanya ibarat tin yang kosong!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook