Latest News

Tuesday, 5 April 2016

MANIFESTO MAXIMUS ONGKILI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) maximus Johnity Ongkili::::TEMBERANG PUNYA BN MANIFESTO INI... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)

KENYATAAN Doris Jones terhadap Manifesto Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di laman muka buku seakan-akan Ahli Parlimen P168 itu tidak melakukan kerja adalah bohong sama sekali.

Sebenarnya, Manisfesto Maximus hampir semua telah dilaksanakan di parlimen P168 kawasannya. Cuma Doris Jones tiada modal untuk mengenakan pemimpin negeri kita.

Pertama mengenai isu pendidikan, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili telah banyak mencadangkan pembinaan sekolah baru di Kota Marudu. Sebagai contoh, di Kg. Munguo, Bambangan dan Gontoi. Selain daripada itu, peningkatan jumlah anak/pelajar dari Parlimen Kota Marudu melanjutkan pelajaran saban tahun juga menunjukkan kejayaan usaha beliau.

Mengenai kualiti kemudahan dan jaringan jalan raya perhubungan pula, beliau telah menaik taraf jalan Langkon-Pitas dan dalam proses untuk memastikan 100 peratus bekalan air dan elektrik untuk penduduk Kota Marudu.

Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili juga telah membaiki 'semua' Rumah Panjang sedia ada di daerah Kota Marudu iaitu lebih 30 buah Rumah Panjang telah dibaiki. Tambahan lagi, beliau turut menunaikan manifestonya dengan menjadikan Kota Marudu sebagai 'Hab Pertanian'. Buktinya, lebih kurang 1,000 ekar tanah akan ditanam dengan pokok pisang Saba dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menaik taraf pendapatan masyarakat di Kota Marudu.

Mengenai isu tanah, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili telah membuktikan bahawa YB itu serius bekerja dan berbakti kepada rakyatnya. Buktinya, dengan pengeluaran geran-geran komunal mengikut persetujuan setiap kampung di kawasannya. Matlamat akhirnya ialah untuk mendapatkan geran individu bagi semua penduduk kampung yang layak dan bagi melindungi hak mengenai tanah sebagaimana yang telah diperuntukan khusus oleh kerajaan negeri. Setakat ini 2 geran komunal sudah dikeluarkan iaitu bagi Kg. Bombong 1 dan Kg. Sungai Magandai.

Usaha-usaha yang ditunjukkan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili menunjukkan manifestonya adalah bukan temberang kerana yang temberang adalah si Doris Jones yang hanya pandai jadi wira papan kekunci sahaja!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook