Latest News

Monday 11 April 2016

Pemboikot Sawit: INDUSTRI LADANG KELAPA SAWIT DI SABAH (Bahagian Kedua)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini juga lama sudah saya bertanya kepada ramai Sabahan, apa untung kamu tanam... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

TANAH yang diusahakan untuk perladangan sebenarnya bukan diserahkan, akan tetapi dibenarkan untuk diusaha. Tanah Sabah tidak boleh ditukar milik! Tanah Sabah akan terus jadi tanah milik Sabah sehingga hari kiamat.

Memang benar tanah-tanah untuk perladangan diusahakan oleh syarikat-syarikat besar atau kecil. Akan tetapi, semua syarikat-syarikat itu hanya dibenarkan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk satu tempoh masa yang ditentukan.

Dahulu sebelum Sabah merdeka, banyak juga tanah-tanah Sabah khususnya di Pantai Barat dan Pedalaman telah diusahakan oleh syarikat-syarikat besar milik British khususnya ladang-ladang getah. Namun kini, tanah-tanah itu telah kembali kepada Sabah selepas tempoh masa kebenaran telah tamat.

Pada tahun 70-an, kebanyakan tanah-tanah bekas kayu balak telah terbiar begitu sahaja tidak diusahakan. Untuk menjadikan tanah-tanah itu produktif, maka kerajaan negeri menjemput syarikat-syarikat besar untuk melabur dan membuka ladang-ladang. Tujuan kepada pembukaan ladang-ladang ini selain menjadikan kawasan tanah yang tidak produktif itu membuahkan hasil kepada kerajaan dalam bentuk cukai, juga membuka peluang pekerjaan dan mewujudkan kawasan klaster ekonomi baru.

Sebagai bukti impak kepada perladangan kepada Sabah adalah melalui pendapatan melalui cukai. Jika sekiranya perladangan tidak dibuka, kemungkinan besar Sabah boleh muflis kerana ketergantungan kepada kayu balak untuk mendapatkan sumber kewangan semakin menurun dan tiada lagi kawasan pembalakan.

Kebenaran membuka tanah-tanah bekas pembalakan kepada ladang-ladang kelapa sawit sebenarnya mempunyai tujuan berganda, menjamin pendapatan negeri, membuka peluang pekerjaan, membuka klaster ekonomi baru serta penghijuan sebagai sumber oksigen.

Keprihatinan berkaitan tanah yang diusahakan oleh syarikat-syarikat besar sebenarnya tidak perlu timbul kerana tanah Sabah akan tetap jadi tanah Sabah. Selepas tempoh kebenaran tamat, maka secara automatik tanah-tanah itu akan kembali ke tangan Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook