Latest News

Thursday 28 April 2016

PERIBUMI SABAH, SARAWAK SAMA DENGAN MELAYU DI SEMENANJUNG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Pan Borneo untuk Borneo - janji UMNO/BN... Oleh FB Doris Jones  (screenshot)

DALAM Perlembagaan Malaysia telah termaktub bahawa peribumi Sabah dan Sarawak adalah sama dengan kaum Melayu di Semenanjung yang dipanggil sebagai 'Bumiputera'.

Oleh kerana Bumiputera merupakan majoriti dalam negara, maka negara Malaysia sebenarnya negara berpenduduk Bumiputera. Ini walaupun bangsa-bangsa lain juga turut diiktiraf sebagai warganegara sehingga Malaysia terkenal sebagai negara majmuk - pelbagai bangsa, agama dan budaya.

Apa yang mahu diperjuangkan lagi jika status peribumi Sabah dan Sarawak sama taraf dengan kaum Melayu di Semenanjung? Doris Jones tidak nampak ini sebab dia bukan sebahagian daripada peribumi. Minta maaf sahaja berkata demikian tetapi memang itulah hakikatnya. Atas sebab itu, tegar mahu menghasut peribumi Sabah dan Sarawak yang kurang membaca sejarah dan kedudukan mereka dalam negara.

Mereka yang terpengaruh dengan propaganda Doris Jones adalah mereka yang tidak mahu mengakui peribumi Sabah dan Sarawak setaraf dengan kaum Melayu di Semenanjung dan mereka itu mahukan taraf peribumi Sabah dan Sarawak yang lebih rendah. Siapa tahu?

Sejak merdeka lagi, taraf peribumi Sabah dan Sarawak adalah sama dengan kaum Melayu di Semenanjung dan sebab itulah dipanggil Bumiputera.

Apakah selama ini mereka tidak faham pengertian Bumiputera? Doris Jones, memang tidak akan faham kerana dia keturunan pendatang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook