Latest News

Friday 22 April 2016

Perjanjian Malaysia 1963 Tetap SAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Perjanjian 1963 tidak sah selepas Singapura keluar... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)
(ii) Perjanjian 1963 tidak sah selepas Singapura keluar... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(iii) Cukup jelas Kalau tak faham2... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 tetap sah, meskipun Singapura bukan lagi sebahagian daripada Malaysia. Singapura dikeluarkan daripada Malaysia pada Ogos 1965. Negara itu, bukan keluar tetapi dikeluarkan.

Yang membuat perjanjian membentuk Malaysia adalah Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Oleh kerana yang ditendang keluar adalah Singapura mewakili tiga pihak yang membentuk Persekutuan Malaysia, ertinya impak kepada perjanjian itu tidak mempengaruhi pembentukan Malaysia kerana yang membuat keputusan adalah majoriti. Ini perkara asas kepada sistem demokrasi yang kita ketahui bahawa pungutan suara terbanyak adalah pemenang.

Melalui perjanjian ini, sebuah negara tidak dibenarkan keluar secara persendirian atau kehendak sendiri, akan tetapi boleh dikeluarkan oleh suara majoriti.

Mereka yang mempertikai Perjanjian Malaysia 1963 ini, samalah dengan sebuah rumah tangga yang dibina lebih setengah abad lalu. Kemudian, sudah beranak-pinak dan bercucu, kini mempertikaikan mengapa datuk dan nenek atau suami isteri itu berkahwin? Mereka yang bertanya atau mempertikai keadaan ini, sebenarnya mereka yang tidak ada pekerjaan atau tiada perancangan masa depan. Sebaliknya, hanya mencari-cari isu yang boleh diputar belit semata-mata untuk menarik perhatian dan publisiti.

Mereka yang tiada perancangan dan kesetiaan kepada negara, memang suka mencari-cari isu supaya rakyat terpengaruh. Kemudiannya, rakyat memberontak dan berlakulah huru-hara seperti mana berlaku di negara-negara yang bergolak seperti di Timur Tengah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook