Latest News

Wednesday 6 April 2016

PROJEK IC SABAH Sebenarnya Projek Sindiket!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) jasa Tun M . membawa UMNO , pti , mengugut , menangkap , pemimpin sabah... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

TIADA pemimpin kerajaan yang terlibat dalam projek kad pengenalan (IC) Sabah. Lagipun, semua kad pengenalan yang dikeluarkan oleh sindiket, secara perlahan-lahan termusnah berikutan tindakan penguatkuasa memburu para pemegang kad pengenalan itu. Jika dahulu operasi memburu hanya terhad di Sabah, kini sudah merebak di seluruh negara.

Sebenarnya, para pemegang kad pengenalan palsu yang dikeluarkan sindiket, bukan untuk yang bermastautin di Sabah, sebaliknya digunakan di Semenanjung Malaysia. Kini, pihak kerajaan sudah mengenal pasti mana-mana mereka yang telah menjadi mangsa sindiket yang kini berada di Semenanjung.

Para pemegang kad pengenalan sindiket atau kad pengenalan palsu, sebenarnya hanya untuk tujuan cari makan di negara ini. Mereka yang memegang kad pengenalan seumpama ini, hanya untuk tujuan mempermudahkan pergerakan mereka serta mempermudah mereka untuk mencari pekerjaan. Ini kerana kad pengenalan seumpama ini, tidak boleh digunakan untuk membuka akaun bank, KWSP atau PERKESO. Bahkan, apatah lagi mendaftar sebagai pengundi di kaunter SPR.

Pihak berkuasa telah membuktikan, melalui RCI (Pati) Sabah bahawa sebenarnya tidak wujud projek kad pengenalan. Apa yang ada adalah projek sindiket mengeluarkan kad pengenalan bermotifkan kewangan.

Bayangkan satu kad pengenalan palsu dijual berharga di antara RM500 hingga RM15,000. Ini bermakna sindiket ini mengaut keuntungan luar biasa! Atas sebab itu, mereka mampu 'merekrut' para pegawai yang tidak amanah di Jabatan Pendaftran Negara (JPN). Apa yang mereka lakukan, kad pengenalan yang mereka keluarkan seakan-akan asli tetapi nombor tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook