Latest News

Saturday 9 April 2016

SI EDWARD MULUT JALANG: Tan Sri Pandikar Amin Mulia Bukan Kerbau!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) pandikar kerbau... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

RESPON kepada 'Edward Stephen2x' yang bermasalah dan tidak beradab dengan menggelar Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai binatang 'kerbau'. Sepatutnya, kita berbangga kerana sejarah pertama kalinya Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dilantik adalah berasal daripada rakyat Sabah.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang layak menjadi Speaker kerana beliau adalah seorang ahli politik veteran yang mempunyai pengalaman politik dari zaman USNO lagi.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah Speaker yang adil dan tidak 'bias' kepada kerajaan atau pembangkang. Buktinya, kelulusan tiga daripada empat cadangan pindaan penambahbaikan Parlimen yang dicadangkan oleh pembangkang dan kerajaan telah diterima.

Ini juga termasuk kelulusan untuk memendekkan tempoh notis soalan lisan dari 14 hari ke 10 hari bekerja sebelum hari persidangan dan turut meluluskan untuk diadakan kamar khas untuk urusan usul atau ucapan penangguhan iaitu perkara berkaitan kepentingan orang ramai yang difikirkan di bawah peraturan 18(1). Hal-hal yang diluluskan adalah bertujuan untuk memudahkan urusan kerja semua Ahli Parlimen (MP) tanpa mengira ideologi politik.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga telah mengenakan tindakan dan peraturan mesyuarat tidak kira kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berkenaan sama ada dari kerajaan atau pembangkang.

Bagi pihak yang memberi gelaran negatif terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mereka ini adalah golongan yang mempunyai agenda politik sendiri seperti si mulut jalang Edward Stephen2x. Hanya tahu mencela tetapi tidak ada jasa langsung! Tan Sri bukan seorang Ahli Parlimen mahupun ADUN dan tiada kepentingan politik kepada mana-mana pihak. 

Jadi, mustahil untuk Speaker ini bersifat 'bias'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook