Latest News

Thursday 21 April 2016

SIAPA Yang Dengar Suara DORIS JONES?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Anak-anak Sabah bukan saja dianak tirikan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEREKA yang mendengar suara Doris Jones adalah kumpulan pembangkang di media sosial yang tidak ada impak di lapangan. Mereka terdiri daripada orang yang sama juga yang telah melontarkan isu-isu negatif, mengapi-apikan isu itu dan kemudian menyebarkan isu-isu itu di kalangan mereka sendiri.

Antara mereka yang mempunyai akaun facebook palsu adalah berpuluh-puluh dan kemudiannya saling memberi komen antara satu sama lain seolah-olah banyaknya penyokong mereka. Bagi Doris jones, tindakan seumpama itu amat perlu bagi mendapatkan habuan kerana setiap "like" dan "comment" akan mempunyai nilai kewangan kepada pelarian itu.

Sebenarnya, gerakan Doris Jones melalui SSKM langsung tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sabah dan Sarawak, oleh kerana rakyat dua negeri itu tahu bahawa gerakan itu sebenarnya hanya cara Doris Jones untuk mendapatkan wang. 

Doris jones bukan sahaja mendapat bayaran daripada agen-agen asing yang mempunyai niat mencipta huru-hara dalam negara, malah pelarian itu mendapat bayaran daripada pemimpin pembangkang.

Apa yang mahu diperjuangkan oleh Doris Jones berkaitan rakyat Sabah dan Sarawak? Sedangkan, rakyat dua negeri itu cukup nyaman dengan keadaan yang ada kerana kerajaan yang ada cukup memberi perhatian kepada keperluan rakyat.

Menteri Luar Negara Dato' Sri Anifah Aman bercakap 'Syariah' kerana atas faktor kemanusiaan. Bayangkan sesama rakyat negara itu saling berbunuhan hanya semata-mata didalangi rakyat asing, khususnya ISIS atau Daesh. Kumpulan ISIS atau Daesh sebenarnya didalangi oleh Israel dan Amerika Syarikat semata-mata agar supaya dunia Arab musnah di dunia Arab sendiri kerana matlamat akhir dua negara itu adalah mewujudkan Israel Raya.

Berkaitan rakyat Malaysia, apa yang perlu diperkatakan, sedangkan keadaan dalam negara cukup aman. Kalau adapun, masalah-masalah keselamatan termasuk keganasan adalah disebabkan oleh rakyat asing/tempatan yang berada dalam negara, termasuk mereka yang terhasut oleh manusia seperti Doris Jones.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook