Latest News

Saturday 23 April 2016

SOOK Akan Bergelar 'BANDARAYA'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Urang Sook Keningau kana berak si zaid hamidi... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

TIDAK ada isu sebenar perkara ini tetapi tetap diangkat untuk mereka yang tiada isu. Sebenarnya, ucapan yang diberikan di dalam laman muka buku berkenaan ucapan Pekan Sook bergelar bandaraya tidak ada dalam akhbar Bernama, yang ada ialah "Pekan sook akan dinaiktaraf jalan raya dan kemudahan asas yang lain."

Tetapi, jika ucapan ini benar baguslah demi kemajuan Pekan Sook itu sendiri. Namun, AFS hairan kerana masih lagi ada yang memperkecilkan usaha kerajaan dalam membangunkan negeri Sabah.

Bukankah itu usaha yang baik? Kenapa kita perlu bantah dan jadikan itu suatu isu? Yang tidak boleh dinafikan ialah wujud pembangunan di Pekan Sook daripada usaha kerajaan.

Di Pekan Sook untuk pengetahuan pembaca AFS, kerajaan telah membina 60 kilometer jalan raya Pekan Sook ke kampung Sinua di Keningau. Hal ini menunjukkan ada usaha untuk membangunkan 'Pekan' ini.

Tuntasnya, pihak yang tidak berpuas hati dengan pembangunan Sabah ini ialah mereka yang tidak bermodal untuk mendapat perhatian. Oleh yang demikian rakyat kena bijak dalam menilai sesuatu kenyataan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook