Latest News

Friday 22 April 2016

'SURAT' Itu Tidak Mewakili Barisan Nasional

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiada kerja lainkah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DALAM negara demokrasi, rakyat bebas mendengar dan menghadiri sebarang ceramah parti polilti yang sah termasuk Parti DAP.

Konsep Barisan Nasional sejak dahulu lagi, tiada istilah melarang rakyat untuk hadir pada sebarang perjumpaan parti-parti politik termasuk parti-parti pembangkang.

Surat itu, seolah-olah melarang rakyat untuk hadir pada satu perjumpaan parti DAP, sebenarnya atas tindakan sendiri dan bukannya mewakili mana-mana parti Bn kerana para pemimpin Bn tidak pernah bertindak demikian sama ada secara lisan apatah lagi bertulis.

Surat seumpama ini bukan amalan parti-parti Barisan Nasional dan memang benar penulis surat itu merupakan penyokong atau ahli parti Barisan Nasional. Maka, tindakan penulis surat itu sebenarnya di luar peraturan atau amalan parti-parti Barisan Nasional!

Surat seumpama ini, sebenarnya hanya bersifat provokasi. Ya! sangat provokasi dan kemungkinan besar berpunca daripada parti pembangkang yang mengatur pertemuan itu sebagai alasan kepada pemimpin mereka mengapa tidak ramai yang datang mendengar ceramah. Bagi orang kecil, surat seumpama ini perlu untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Untuk makluman Doris Jones, parti-parti Barisan Nasional tidak perlu mengeluarkan surat seperti itu kerana berasaskan rekod, setiap perjumpaan parti-parti Barisan Nasional sambutan daripada rakyat cukup memuaskan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook