Latest News

Saturday 2 April 2016

TANAH NCR VS TAUKE

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DEKLARASI RAKYAT SEMUA UMNO TERBAKAR, MARAH DAN MENGAMUK GILA... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

TANAH NCR 'Native Customary Rights/Tanah Hak Adat Anak Negeri adalah jenis pemilikan tanah yang tidak boleh ditukar milik dan tidak bole dimiliki oleh individu atau syarikat' Cerita kononnya, pemilik tanah NCR dihalau kerana dibelakangnya ada tauke adalah satu dakwaan yang tidak masuk akal kerana tanah NCR tidak mungkin dimiliki oleh 'tauke' atas sebab sifat tanah demikian hanya boleh dimiliki secara berkumpulan.

Dakwaan penulis blog tersebut kemudian diviralkan oleh pemilik facebook itu, sebenarnya mereka berkongsi cerita yang tidak benar dan seterusnya menipu para pembaca.

Jika benarlah keadaan seperti mana dalam gambar, kemungkinan tanah itu bukan tanah NCR akan tetapi tanah para individu yang diberikan geran sejak sekian lama yang belum diusahakan. Pada masa tanah itu tidak diusahakan, maka ada  penduduk kampung menceroboh dengan menanam berbagai tanaman. 

AFS mengandaikan situasi ini kerana ianya kerap berlaku kes yang sama seperti itu jika berkaitan dengan tanah NCR.

Menceroboh tanah sebenarnya, bukan sahaja berlaku di perkampungan malah juga di bandar. Tanah-tanah milik orang lain dengan diletakkan tanda amaran agar tidak diceroboh, ada sahaja yang menceroboh. Kemudian, apabila pemilik mahukan tanah mereka supaya dikosongkan, ada pula di kalangan mereka itu menimbulkan kekacauan sehingga menyebabkan pemilik meminta bantuan pasukan keselamatan. 

Keadaan ini sebenarnya kerap berlaku di negeri ini. Bagi mereka yang suka mengapi-apikan keadaan seperti penulis blog dan pemilik facebook itu dengan berbagai dakwaan tidak betul, maka tidak lain tujuannya hanya sekadar untuk menipu pembaca!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook