Latest News

Thursday 28 April 2016

Tidak Ada Pemimpin BN Kata PAN BORNEO Merupakan Hadiah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Absolutely Shameful and ridiculous for this BN Government... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)
(ii) KENYATAAN AKHBAR OLEH AHLI PARLIMEN PENAMPANG, DARELL LEIKING... Oleh FB Darell Leiking (screenshot) (screenshot) (screenshot)

TIDAK ada sesiapapun pemimpin BN mengatakan bahawa Lebuhraya Pan Borneo merupakan 'hadiah'. Apa yang dinyatakan oleh semua pemimpin BN bahawa pembinaan lebuh raya itu merupakan satu keperluan dan seharusnya telah dibina dari awal lagi. Malah, Perdana Menteri melalui ucapan beliau semasa pelancaran itu tidak sesekalipun menyebut bahawa pembinaan lebuh raya itu merupakan satu hadiah. Hanya beliau sebut bahawa penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah berbaloi.

Laporan surat khabar membawa tajuk yang kononnya pembinaan lebuh raya itu merupakan hadiah atas kesetiaan rakyat Sabah hanya rekaan wartawan itu. Sebabnya, baik Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri semasa berucap pada majlis pelancaran di Kampung Andus, Papar pada 24 April lalu tidak menyebut sepatah perkataanpun berkaitan dengan hadiah.

Perdana Menteri dan Ketua Menteri hanya menyatakan bahawa pembinaan lebuh raya itu merupakan 'game changer' bagi ekonomi Sabah dan Sarawak. Ini kerana melalui pembinaan itu, maka 'pergerakan manusia' dan 'barang' adalah semakin cepat dari satu tempat ke tempat lain. Selain boleh mencipta berbagai aktiviti ekonomi di sepanjang jalan tersebut termasuk juga wujudnya pekan-pekan baharu.

Kenyataan akhbar MP Penampang Darell Leiking hanya bersandarkan kepada laporan akhbar yang bersifat provokasi dan beragenda kerana menambah atau memutar belit ucapan kedua-dua pemimpin semasa pelancaran itu.

Malang sungguh, sebagai Ahli Parlimen (MP) tetapi tidak mengenal pasti fakta atau kandungan ucapan Ketua Menteri dan Perdana Menteri semasa majlis pelancaran itu. Sebaliknya, menerima laporan surat khabar secara bulat-bulat serta mengelirukan.

Kalau ditanya kepada sesiapa yang mendengar ucapan Ketua Menteri dan Perdana Menteri semasa majlis itu, mereka tidak menyebut berkaitan hadiah. Sebaliknya, menyebut bagaimana mustahaknya lebuh raya seumpama itu dibina. Secara tersirat, kedua-dua pemimpin itu mengakui bahawa pembinaan lebuh raya itu sepatutnya telah dibina sejak lama atau sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu. Pembangkang, ada?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook