Latest News

Saturday 9 April 2016

Tindakan Kerajaan Sabah Hentikan Serta-Merta 'Perniagaan Tukar Barang' Adalah Tindakan Tepat!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah  Hentikan Serta Merta Perniagaan Tukar Barang... Oleh FB Page 1 Sabah (screenshot)
(ii) Sabah Hentikan Serta Merta Perniagaan Tukar Baran... Oleh Web Satu Sabah (screenshot)

ISU penculikan di sempadan perairan Sabah memang sudah merupakan fenomena yang sangat membimbangkan rakyat negeri Sabah. Oleh yang demikian, tindakan kerajaan negeri Sabah memutuskan aktiviti perniagaan tukar barang di semua pelabuhan yang mengamalkan "Barter Trade" adalah tepat atas faktor keselamatan.

Namun, usaha ini dipandang negatif oleh segelintir pihak yang suka menjadikan usaha kerajaan sebagai suatu isu untuk mencari publisiti.

Sebenarnya, sistem "Barter Trade" ini merupakan salah satu antologi yang membawa kepada masalah keselamatan. Jika dilihat dengan lebih terperinci, sistem "Barter Trade" ini boleh membuka kepada isu-isu keselamatan yang lain walaupun ESSCOM telah ditubuhkan.

Isu-isu keselamatan yang lain adalah meliputi kes penyeludupan masuk barangan subsidi dari negara jiran, isu penyeludupan dadah dan senjata serta isu yang terbesar ialah isu penculikan yang kini sedang berlaku.

Kerajaan di bawah ESSCOM telah berjaya mengurangkan kes penculikan di Pantai Timur Sabah tetapi untuk menjamin kadar penculikan dalam keadaan sifar, bukan tugas yang mudah.

Dengan memutuskan aktiviti perniagaan tukar barang di semua pelabuhan yang mengamalkan "Barter Trade" akan mengurangkan dan sekaligus mencegah terjadinya kes-kes penculikan yang berkaitan dengan isu keselamatan di Pantai Timur Sabah secara amnya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook