Latest News

Friday 8 April 2016

Yang Pasti PENCULIK Itu Daripada Filipina

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lepas ini kita mahu pula pihak Keselamatan gempur penempatan... Oleh FB Luke Js Biajin (screenshot)

MENURUT rekod, semua kejadian kes culik di kawasan Pantai Timur Sabah dilakukan oleh penculik rentas sempadan dan bukannya dari tanah besar Sabah. Tiada bukti direkodkan bahawa para penculik mempunyai kerjasama dengan mereka yang berada di Sabah walaupun ianya menjadi persepsi yang kononnya identiti sasaran penculikan datangnya daripada “runner” para penculik yang berada di Sabah.

Terlihat melalui penculikan terbaharu ini adalah berlaku di Perairan Antarabangsa dan penculiknya adalah daripada warga Filipina.

Para penculik telah menukar taktik penculikan dengan menyerang kapal-kapal di Perairan Antarabangsa kerana mereka tidak mampu tembus lagi di perairan Sabah berikutan kawalan ketat melalui ESSCOM.

Soal membersihkan Sabah daripada PATI sebenarnya telah bermula sejak sekian lama dan diperhebatkan lagi pada bulan Disember 2014 yang lalu dan ianya berterusan sehingga kini.

Sejak Disember 2014, hampir 150,000 warga asing yang telah diperiksa dan 25,000 PATI daripadanya telah dihantar pulang ke negara masing-masing. Manakala hampir 3,000 PATI masih berada di pusat-pusat tahanan sementara untuk proses dokumentasi serta kesalahan-kesalahan lain.

Pasukan keselamatan negara dari masa ke semasa melakukan operasi untuk memburu dan menangkap PATI di seluruh Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook