Latest News

Wednesday 13 April 2016

Zainnal VS PBS: Tarik Balik MyKad Haram!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Percepat tarik balik MyKad haram... Oleh FB Yoku Tanak Mororobuat (screenshot)
(ii) cerita 2012 dimainkan lagi di 2016... oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

ZAINNAL Ajamain ini sebenarnya memang tidak puas hati dengan semua ahli PBS walaupun usaha yang dilakukan parti PBS ini betul dan tepat. PBS antara parti yang lama dan sesuai di Sabah. Selama penubuhan PBS, memang memperjuangkan hak rakyat Sabah. Tuduhan Zainnal terhadap PBS yang memperbodohkan KDM adalah fitnah semata-mata!

Pada tahun 2012, keputusan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI masih belum ada, sedangkan PBS memang membuat keputusan ini dengan melihat kepada keputusan RCI. Hal ini menunjukkan bahawa sebenarnya PBS serius dalam perjuangan rakyat sabah.

Sememangnya, cadangan menarik balik MyKad haram satu tugas yang sukar tetapi PBS percaya ianya boleh dilakukan jika kita rakyat sabah betul-betul mahu perkara ini.

Selama PBS menjadi salah satu komponen penting dalam kerajaan negeri Sabah, banyak perkara mengenai hak KDM diperjuangkan oleh PBS. Cuma Zainnal sahaja yang sebenarnya tiada sumbangan tapi tetap dengan fitnah sebagai modalnya.

Tuntasnya, usaha PBS ini sebenarnya baik untuk rakyat Sabah tetapi persoalannya mengapa Zainnal suka permainkan isu ini? Mesti ada kepentingan peribadi dalam hal ini. Sama-sama kita fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook