Latest News

Monday 9 May 2016

ADA Apa Dengan Pertikaian? Penjanjian Malaysia 1963 Sah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sudah sekian lama hal ini tidak diketahui terutama kepada rakyat Sabah dan Sarawak... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot) (screenshot)

TAHUN ini pembentukan Persekutuan Malaysia sudah mencapai 53 tahun. Namun, agak lucunya masih ada lagi yang tegar dan masih mempertikaikan Penjanjian Malaysia sebagai tidak sah. Sedangkan, Malaysia sudah diiktiraf sebagai sebuah negara. Mereka ini yang mempertikaikan Perjanjian Malaysia adalah mereka yang kebanyakannya mempunyai agenda peribadi.

Penjanjian Malaysia sebenarnya telah sah walaupun Singapura telah keluar daripada Malaysia. Untuk maklumat, Singapura bukan menarik diri tetapi telah dikeluarkan daripada Perjanjian dan Persekutuan. Bermakna, penjanjian masih boleh diteruskan!

Untuk makluman juga, sebelum berlakunya pembentukan Malaysia Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk bagi memungut suara daripada Sabah dan Sarawak. Hasilnya, majoriti menyokong pembentukan Malaysia dan tiada unsur paksaan seperti yang dicanang sebelum ini.

Untuk isu kata 'Negara' Sabah atau 'Negeri' Sabah, bagi pengetahuan semua, mereka yang tidak bertanggungjawab telah memanipulasikan definisi perjanjian ini. Dalam bahasa Inggeris 'state' tetap membawa maksud negeri dan tiada persekutuan yang wujud yang di dalamnya ada negara. 

Jika kita menuntut penjanjian ini tidak sah, ini bermakna kita tidak bersetuju dengan keistimewaan Sabah dan Sarawak. Sepatutnya, kita bukanlah mempersoalkan ianya sah atau tidak. Sebaliknya, kita terus bersatu meneliti perjanjian ini dan menuntut autonomi yang sudah termaktub dalam penjanjian ini.

Kesimpulannya, hanya mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi sahaja yang ingin keluar daripada Malaysia tanpa memikirkan kesan negatif terhadap tindakan tersebut. Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook