Latest News

Tuesday 10 May 2016

Andaian Yang Tidak LOGIK!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setuju sangat dengan cara umno/bn ya... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

JANGAN samakan pendapatan atau gaji anda dengan perolehan melalui minyak dan gas. Tahukah anda bahawa kos mendapatkan satu tong minyak berkos 70 dolar. Dalam keadaan sekarang, setiap pengeluaran satu tong minyak syarikat minyak telah rugi sebanyak 30 dolar. 

Oleh kerana Petronas mempunyai berbagai perniagaan, maka masih dapat membayar 5 peratus kepada negeri-negeri pengeluar. Jika diandaikan dengan andaian anda berkaitan gaji anda, ertinya dengan memberikan seluruh gaji anda sebanyak RM2000 tetapi anda masih berhutang RM860. Logikkah andaian anda itu?

Menyamakan gaji anda dengan operasi minyak macam ibarat langit dan bumi kerana operasi cari gali minyak adalah satu operasi yang memerlukan modal besar. Atas sebab itu, di seluruh dunia cari gali minyak dikendalikan oleh syarikat-syarikat besar yang sudah terlibat dengan urusniaga minyak lebih 200 tahun yang lalu.

Cari gali minyak bukan macam tanam ubi atau jagung atau tanam lada atau kerja pemandu lori mahupun kerani atau jadi pegawai, cari gali minyak disamping memerlukan modal besar adalah juga memerlukan kepakaran. 

Bukan seperti pemilik facebook itu hanya tahu mengira gaji RM2000!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook