Latest News

Monday 23 May 2016

ANGGAPAN DANGKAL: Masalah Kekeruhan 'Air'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Quality of tap water taken in my kitchen... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)
(ii) This is the reason why we want... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

KALAU melihat kekeruhan air di Selangor, Kuala Lumpur atau Lembah Klang, ianya 10 kali ganda berbanding dengan kekeruhan air yang ditunjukkan. Kekeruhan air itu disebabkan penapisan air yang memerlukan sumber yang belum bertakung di tempat loji penapisan sesuai dengan masa yang diperlukan. Sumber air daripada sungai yang keruh terpaksa digunakan untuk memenuhi keperluaan pengguna. Kekeruhan seumpama ini adalah biasa apabila loji baru sahaja diselenggarakan dan selepas itu air kembali putih seperti biasa.

Keadaan air yang ditunjukkan oleh pemilik facebook itu memperbodohkan orang lain di mana seolah-olah tiada pengguna atau tiada pengguna lain mengalami keadaan sedemikian.

Kekeruhan air bukan sahaja terletak pada loji penapisan akan tetapi bergantung kepada sumber air yang diproses. Kalau pemilik facebook itu pernah melawat di loji penapisan, sudah tentu akan maklum bagaimana air itu diproses. Kekeruhan air berlaku terutama jika sumber air di empangan menjadi keruh akibat limpahan air hujan dan atau tempat takungan air berkurangan sehingga terpaksa memasukkan air daripada empangan yang keruh. 

Kalaulah pemilik facebook itu faham dan mengetahui mengapa air paip di Lembah Klang yang senantiasa keruh berikutan sumber air yang terhad demikian juga kekeruhan air yang bersumber daripada Empangan Babagon kadangkalanya keruh adalah disebabkan sumber air yang terhad. 

Pemilik facebook itu sebenarnya secara tidak langsung mengakui bahawa Empangan Babagon tidak dapat memberi sumber air bersih yang boleh diproses dengan menunjukkan air yang keluar daripada paip di rumahnya keruh. Bagi mereka yang mengetahui bagaimana air diproses, secara langsung terus memahami keadaan air keruh yang disebabkan kekurangan sumber air mentah untuk diproses.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook