Latest News

Monday 9 May 2016

AUTONOMI Bagi SARAWAK Dan SABAH: Apakah Perbezaannya?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mana MUSA mahu taru muka dia... Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)

HANYA mereka yang membangkang kerajaan seperti Zainnal Ajamain melihat bahawa ada perbedaan autonomi antara Sabah dan Sarawak. Kalaulah mereka yang mendakwa adanya perbezaan hanya kerana Sarawak diperintah oleh parti tempatan Sarawak manakala Sabah kombinasi antara parti tempatan dan kebangsaan, sebenarnya mereka telah silap.

Memang terlihat semasa PRN 11 Sarawak bahawa penentuan calon-calon yang mewakili parti-parti Barisan Nasional diumumkan oleh Tan Sri Adenan Satem sebagai Pengerusi BN Sarawak. Namun, tiada siapa yang tahu apakah Ketua Menteri Sarawak tersebut mengumumkan calon-calon tersebut tanpa perundingan dengan Perdana Menteri ataupun sebaliknya. Mereka yang bukan dalam lingkaran BN seperti Zainnal Ajamain sudah tentu melihatnya bahawa Tan Sri Adenan Satem membuat keputusan sendiri tanpa melibatkan sesiapa termasuklah Perdana Menteri.

Apa perbezaan autonomi antara Sabah dengan Sarawak di mata Zainnal Ajamain? ATM, PDRM, Jabatan Imigresen, JKDM (Kastam), Jabatan Pendidikan mahupun Kesihatan masih berpusat di Putrajaya. Sebabnya, dalam Kabinet Sabah dan Sarawak tiada kementerian yang 'membawahi' jabatan-jabatan atau agensi-agensi berkenaan.

Manakala hak atas tanah, hutan, kawasan perikanan, pelancongan, perladangan, budaya dan agama berada dibidang kuasa kerajaan bagi kedua-dua negeri.

Apa yang disaksikan melalui PRN 11 Sarawak bahawa kerajaan pusat menyalurkan banyak peruntukan kepada Sarawak sehingga mencecah RM3.5bilion, tidak termasuk peruntukan Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai RM16 bilion. Jika dilihat daripada luncuran kewangan daripada Persekutuan kepada Sabah, sebenarnya jumlahnya juga cukup besar jika diambil kira dengan projek-projek persekutuan seperti Samur, SOGT serta Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Sebenarnya, tidak ada hak-hak Sabah dan Sarawak yang diambil oleh persekutuan seperti mana yang digariskan melalui 20 Perkara dan 18 Perkara (Sarawak) semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Apa yang terlihat, hanya melalui kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pendidikan, kesihatan dan kakitangan persekutuan yang beroperasi di dua buah negeri itu atas faktor keperluan serta belum cukupnya kemahiran dan kemampuan rakyat di dua buah negeri itu mengambil tanggungjawab tersebut. 

Namun, atas perkembangan masa di mana ramai rakyat Sabah dan Sarawak telah mengecapi pendidikan yang setaraf sama ada dalam bidang pendidikan dan kedoktoran, maka secara perlahan-lahan jawatan-jawatan persekutuan di Sabah dan Sarawak telah diambil semula.

Jabatan-jabatan persekutuan seperti pendidikan, universiti, Kastam, Jabatan Imigresen dan kesihatan, kini semua telah dijawat oleh anak-anak tempatan. Persoalannnya, mana satu hak Sabah dan Sarawak yang telah diambil? Orang seperti Zainnal Ajamain hanya tahu menuding jari tanpa memberi fakta lapangan yang menyokong kenyataannya.

Janganlah memperbodohkan diri sendiri dan membawa kebodohan itu kepada pihak lain. Bercakaplah benar sesuai dengan fakta kerana anda akan dinilai satu hari nanti sebagai si pendusta!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook