Latest News

Friday 20 May 2016

Bayaran 'ROYALTI MINYAK' Kepada Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sebelum itu sila pastikan royalti minyak kepada Sabah diberikan 20%... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PEMILIK facebook itu mendakwa dengan bayaran 20 peratus royalti minyak, maka Sabah akan cepat kaya dan mampu membina infrastruktur seperti jambatan Labuan. 

Sesebuah jambatan berkos tinggi yang dibina sebenarnya bertujuan menghubungkan antara dua kawasan ekonomi yang tinggi, di mana melalui pembinaan jambatan itu memudahkan perpindahan atau pengangkutan barangan daripada wilayah ke satu wilayah yang lain. 'Jambatan Pulau Pinang' misalnya adalah untuk memudahkan pergerakan barangan daripada tanah besar Semenanjung ke Pulau Pinang atau sebaliknya. Oleh kerana 'volume' atau jumlah barangan yang terlibat serta jumlah pengguna jambatan yang ramai, maka memungut kembali kos pembinaan dapat dilakukan, pun demikian, bagi Jambatan Pulau Pinang memerlukan masa 30 tahun untuk mengembalikan kos pembinaan jambatan tersebut. Kalaulah Jambatan Labuan-Sabah dibina, kosnya akan tiga kali lebih tinggi berbanding kos pembinaan jambatan Pulau Pinang, di tambah dengan jumlah kenderaan yang sedikit serta 'volume' barangan yang rendah. 

Maka, masa mengembalikan kos pembinaan tidak akan dapat diperolehi dalam masa 100 tahun. Melihat kepada keadaan itu dalam segi analisa kos, apakah pembinaan itu berbaloi? Fikir-fikirkan.

Mudah untuk bercakap tetapi apakah percakapan itu menguntungkan negara? Sedangkan, jika ada jumlah kewangan seumpama itu, maka adalah lebih baik meng'upgrade' pekan-pekan yang sedia ada agar perkembangan ekonomi lebih maju dan berkembang. Suatu hari nanti, apabila ekonomi telah berkembang dengan pesat dan stabil serta memerlukan pergerakan barangan khususnya daripada Labuan ke Sabah atau sebaliknya, maka akan berlakulah pembinaan jambatan Labuan-Sabah seperti mana Jambatan Pulau Pinang.

Berkaitan dengan kadar 20% royalti, kini jumlah itu tidak releven lagi apabila pendapatan daripada minyak menurun dengan drastik sekali. Sebagai misalnya, keuntungan Petronas secara keseluruhan bagi operasi untuk tiga bulan pertama 2016 hanya RM4.6 bilion berbanding RM12 bilion tahun 2015.  Kalau diambil produksi minyak daripada wilayah Sabah, keuntungan Petronas tidak sampaipun RM1 bilion. Jika berasaskan 20%, maka Sabah hanya akan dapat RM200 juta sedangkan saluran kewangan daripada Persekutuan ke Sabah melebihi RM10 bilion. 

Untuk Bajet Sabah sahaja, kerajaan mengunjurkan RM900 juta daripada hasil minyak dan gas. Kalaulah persekutuan berasaskan kepada bayaran peratus, sudah tentu Sabah akan rugi! mekanisme sekarang adalah bukan berasaskan kepada bayaran peratusan sebaliknya berasaskan permintaan Sabah. Kerajaan Persekutuan akan terus membantu atau menyalurkan kewangan sesuai dengan kemampuan negara. 

Pemilik facebook itu hanya melihat perkara kecil tetapi tidak mampu melihat perkara yang lebih besar. Logiklah, kerana pemilik facebook itu berfikiran dangkal dan kurang pengetahuan berkaitan selok-belok pemerintahan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook