Latest News

Wednesday 4 May 2016

BUKU DAN HALIK ZAMAN: Tuduhan Tiada Asas!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hanya kurang bebrapa Billion sahaja dari Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak sahaja ni... Oleh FB Doris jones  (screenshot)

DATUK Halik Zaman sudah meninggal dunia. Semasa hayatnya, beliau tidak pernah mengeluarkan buku seperti yang dirujuk. Alahai! Orang yang telah tiada juga digunakan sebagai penabur fitnah! Macam-macam!

Dengan merujuk kononnya tulisan daripada seseorang yang sudah meninggal adalah satu perbuatan yang tidak bertamadun kerana orang itu tidak dapat dirujuk apakah ada menulis perkara sedemikian.

Halik adalah seorang pemimpin PKR Sabah dan tiada kaitan dengan kerajaan. Sebagai seorang pembangkang adalah mustahil beliau mendapat data-data seperti mana yang ditulis. Lagipun, tiada keperluan bagi sesiapa sahaja mengemukakan data-data itu kepada beliau. Beliau tidak mempunyai merit untuk diberikan data-data kerana beliau tidak ada kedudukan dalam mana-mana organisasi dalam negara.

Mengguna pakai nama Halik Zaman dalam tuduhan karut mengambarkan bahawa pihak penabur fitnah takut kerana memang dakwaan itu bohong dan karut.  Mengguna pakai nama orang yang telah meninggal, ertinya, terlepas kepada saman fitnah! Sungguh bijak sekali!

Sungguh hina bagi mereka yang menggunakan nama orang yang telah meninggal. Doris Jones adalah salah seorang yang hina. Saranan dan nasihat AFS, sila hormat orang yang telah meninggal dunia dan nama baik keluarganya!

AFS tidak membaca kandungan buku itu atas sebab inilah pertama kali melihat adanya buku seumpama itu kalaupun benar-benar adanya buku tersebut.

Halik telah meninggal lebih 5 tahun lalu, inilah kali pertama, beliau mempunyai buku seperti yang dirujuk oleh Doris. Benarkah buku ini wujud? Atau hanya rekaan dan memalitkan nama orang yang telah meninggal? Fikir-fikirkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook