Latest News

Friday 20 May 2016

CIRI-CIRI NEGARA MAJU Tidak Salah Menyokong Pemimpin (Bahagian Kedua)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) asihkah anda ingat kenyataan huguan siou ini... Oleh FB Page Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

APABILA sesebuah negara menuju ke arah negara maju, maka apa yang dapat dirasakan oleh rakyat sesebuah negara itu antara lain adalah peningkatan harga barang, peningkatan bayaran gaji, kenaikan kos pengangkutan, kenaikan harga rumah dan sebagainya.

Tahun 60-an, gaji seorang guru sekolah rendah hanya RM105.00 sebulan dan kini sudah meningkat 10 kali ganda. Demikian juga harga beras segantang atau 3 kg hanya bernilai 70 sen. Kini, sudah berharga RM10.00 yakni peningkatan lebih 10 kali ganda. Harga gula pula RM15 sen sekilogram dan kini RM2.84.

Berkaitan dengan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dengan dolar Amerika tahun 80-an, setiap 1 dolar hanya bernilai RM2.25 lalu kemudian meningkat akibat perkembangan ekonomi dunia. Sebagai contoh, pertukaran ringgit Malaysia dengan rupiah Indonesia tahun 80-an adalah RM1 bersamaan dengan Rp475, kini RM1 bernilai Rp3336.04.

Perkembangan ekonomi negara sangat bergantung kepada perkembangan ekonomi dunia. Semakin negara menuju negara maju, maka harga barangan akan turut sama meningkat dan atas sebab itulah juga pendapatan akan turut meningkat.

Kalau anda melancong dan melawat negara-negara maju, sebagai contoh negara Jepun, harga secawan kopi bersamaan RM18. Namun, di Malaysia masih dalam lingkungan harga RM1-RM1.50. Suatu hari nanti, apabila pendapatan per kapita negara meningkat seperti di negara Jepun, maka harga secawan kopi juga akan menjadi sama. Persoalannya, di mana letak dakwaan pemilik facebook itu berkaitan argumentasi harga barang naik? Sedangkan, kecenderungan kenaikan harga barang adalah tanda-tanda negara itu sedang menuju ke tahap negara maju.

Janganlah berargumentasi dengan dakwaan dangkal dan statik kerana dakwaan anda itu seolah-olah tidak mahu negara maju dan rakyat maju!

Sejak tahun 2009, kalau dilihat berkaitan dengan perkembangan ekonomi Malaysia, perkembangkannya jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Pertumbuhan negara daripada negatif kepada positif yang berlegar-legar pada paras 4.2-6 peratus.

Tan Sri Pairin Kitingan adalah seorang pemimpin yang berpengalaman dan telah mengikuti perkembangan ekonomi negara sebelum pemilik page itu lahir. Oleh itu, janganlah menidakkan fakta dan kenyataan sebenar kerana anda akan terlihat bodoh dan dangkal pengetahuan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook