Latest News

Wednesday 18 May 2016

DORIS PENIPU BESAR: Datuk Seri Musa Aman Di London???

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Patut pun kelmarin saya dipanggil CID... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) If only Malaysia Govt is not full bundles of lies... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman semasa rombongan Perdana Menteri berlepas ke London, sedang sibuk dengan berbagai acara di Sabah. Antaranya, Sambutan Hari Guru Kebangsaan yang diadakan di Kota Kinabalu, Mesyuarat PTI pada Isnin dan Lawatan Kerja ke Tambunan pada Selasa. Wow! Kemungkinan saja Datuk Seri Musa Aman mempunyai klon sehingga ternampak dalam imaginasi Doris Jones di London. Dia betul-betul seorang penipu besar!

Doris Jones melalui posting di laman facebooknya yang kononnya di panggil CID London, selain mendakwa kononnya Datuk Seri Musa Aman ada di London. 

Media Facebook boleh sahaja menulis berbagai dakwaan walaupun berada dalam tandas. Inilah yang yang dilakukan Doris Jones agar supaya kelihatan di mata penyokongnya di facebook kononnya dia orang penting.

Jadual persidangan yang disiarkan oleh Doris Jones sesiapapun boleh perolehi kerana jadual itu memang disediakan secara online oleh pihak penganjur, Khazanah Nasional.

Ternampak sangatnya bagaimana Doris Jones menipu dengan mendakwa Ketua Menteri Sabah sebahagian daripada rombongan Perdana Menteri di London.

Siapalah Doris Jones di London? Dia hanya dikenali pencacainya di facebook serta mereka yang mempergunakan dia sebagai pemfitnah dan pembohong besar melalui laman sosial.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook