Latest News

Tuesday 17 May 2016

DR. JEFFREY DAN STAR: Tiada Di Hati Rakyat

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Cukup-Cukuplah Rakyat Sabah Tertipu!... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Cukup-Cukuplah Rakyat Sabah Tertipu!... Oleh Blog Star Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

PARTI STAR bukan sahaja ditolak di Sabah tetapi juga di negeri di mana parti itu didaftar iaitu Sarawak. Pada PRN Sarawak ke-11, semua calon parti STAR kalah teruk malah sebahagian besar calon hilang wang deposit.

Di Sabah pada PRU-13 lalu, semua calon-calon STAR juga kalah teruk kecuali di DUN Bingkor di mana Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menang kerana kesilapan teknikal. Pada PRU-14 akan datang, semua calon Parti STAR akan kalah teruk termasuk Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di DUN Bingkor kelak.

Oleh kerana parti STAR ditolak rakyat, maka apapun yang didakwa oleh pemimpin parti itu secara automatik juga ditolak rakyat. Ertinya, apa yang ditulis oleh blog tersebut memetik pemimpin parti STAR Labuk itu semuanya auta di mata rakyat.

Hanya pemimpin STAR dan beberapa kerat penyokongnya yang merasa tertipu sedangkan majoriti rakyat tidak merasa demikian.

Rakyat Sabah seperti juga rakyat Sarawak sangat berpuas hati dengan kerajaan BN. Atas sebab itu, setiap pilihan raya parti-parti BN menang besar.

Hanya sia-sia apa yang diperjuangkan pemimpin parti STAR dan Dr. Jeffrey Kitingan dengan menabur berbagai dakwaan yang berunsur auta dan bohong. Rakyat tidak akan percaya!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook