Latest News

Monday 16 May 2016

EMPANGAN-EMPANGAN DI PENAMPANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) I believe this BN Government of the day has to make a firm decision... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

YANG terbaru dengan memuat naik status mengenai bantahan pembinaan empangan di Kg. Tiku, Kg Timpayasa dan Kg. Babagon Laut di Penampang, Darell seakan-akan tidak tahu tentang prosedur yang sepatutnya dan seolah-olah tidak ada beza Darell dengan rakyat kerana setiap masalah dimuat naik di laman muka buku. Nampak sangat mencari publisiti murahan.

Pembinaan empangan ini adalah perkara yang baik iaitu untuk membekalkan air kepada rakyat. Namun, tetap dibantah Darell dengan alasan kononnya memusnahkan ekosistem yang cantik. Pertama, setiap negara di dunia ini akan berdepan dengan pembangunan yang memerlukan perluasan tanah demi keperluan manusia. Hatta, Singapura pun mengorbankan hutan mereka untuk pembangunan begitu juga dengan negara lain.

AFS percaya kerajaan telah membuat kajian risiko mengenai projek ini. Jika membawa kemudaratan yang teruk tentu projek ini tidak akan dijalankan. Darell yang tidak ada dalam jawatankuasa berlagak tahu semua perkara. Yang kasihan, penduduk dijadikan modal Darell untuk mendapatkan publisiti politik. Ini benar-benar terjadi!

Yang cukup memalukan apabila membandingkan pembangunan pelabuhan antarabangsa dengan pembangunan pedalaman yakni memanglah berbeza dari segi perbelanjaan dan sebagainya. Untuk pengetahuan Darell, kerajaan persekutuan banyak memberi bajet tambahan kepada kerajaan negeri Sabah untuk pembangunan negeri. Darell ini sangat dangkal apabila membuat pembandingan Malaysia dengan Singapura, sebuah negara yang kecil.

Kepada rakyat, berhati-hati dengan pembangkang yang sentiasa menjadikan rakyat sebagai modal publisiti mereka lebih-lebih lagi PKR Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook