Latest News

Thursday 5 May 2016

GELARAN Etnik Kadazan-Dusun-Murut (KDM)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Berapa lama dikaji, setelah sekian lama dijajah KL... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

ADA dikalangan etnik Kadazan-Dusun-Murut (KDM) mahu memanggil mereka sebagai Momogun dan sebab itulah ditubuhkan parti seperti UPKO kemudian MNC (Momogun National Congress) di bawah pimpinan mantan pemimpin PBS Datuk Henrynus Amin.

Sebenarnya, apakah panggilan atau gelaran kepada kelompok itu adalah terletak kepada kaum itu dengan nama apa yang mereka inginkan. Perubahan panggilan tiada kaitan dengan Kuala Lumpur atau mana-mana pihak, termasuk dalam Sabah sendiri.

Dakwaan pemilik facebook itu sebenarnya cuba mengelirukan orang lain. Seolah-olah perubahan mana-mana kumpulan etnik dipengaruhi oleh Kuala Lumpur.

Tidak terdapat mana-mana undang-undang di negara ini bahawa kumpulan etnik seperti Kadazan-Dusun-Murut dipengaruhi oleh pihak lain di luar kumpulan etnik tersebut.  

Istilah Kadazandusun sebenarnya persetujuan antara KDCA dan USDA. Satu masa dahulu, ekoran perbalahan antara kedua etnik yang sebenarnya hanya berpunca daripada segi persatuan yang wujud, maka untuk mengelak perpecahan telah dipersetujui istilah 'Kadazandusun atau Kadazan-Dusun'. 

Huguan Siau Kadazandusun, Tan Sri Pairin Kitingan, secara jelas pada tanggal 1 Mei menyatakan bahawa panggilan untuk etnik Kadazan/Dusun akan tetap sebagai Kadazandusun dan tidak akan berubah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook