Latest News

Friday 27 May 2016

INI JAWAPANNYA: ISU Mangsa Kebakaran Kg. Gentisan, Karambunai

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) sungguh aneh di negeri KARAMBUNAI ini... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

KENAPA? Selepas dua tahun, mangsa tidak mampu membina rumah? Dan mengapa tidak berpindah? Sedangkan, mangsa-mangsa lain telah berpindah dan dapat membina rumah baru. 

Biasanya, badan kebajikan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa seperti ini tetapi mengapa keluarga ini tidak pula? Mungkinkah ada latar belakang mangsa yang tidak kena? Sayang sungguh pemilik facebook yang juga orang kuat Datuk Jumat Idris tidak memperincikan latar belakang mangsa. Seperkara lagi, mengapa menyandarkan pada Datuk Jainab Ahmad Ayid sahaja? Sedangkan Karambunai sebahagian daripada Parlimen Sepanggar di mana Datuk Jumat Idris adalah wakil rakyatnya. Fikir-fikirkan!

Tempoh dua (2) tahun adalah cukup lama. Jika benarlah DBKK mengarahkan Ketua Kampung untuk meminta mangsa berpindah, maka besar kemungkinannya DBKK mempunyai maklumat bahawa mangsa sebenarnya telah dibantu untuk membina rumah baru tetapi mengapa tidak berbuat demikian. 

Satu persoalan, benarkah DBKK mengarahkan Ketua Kampung? Atau Ketua Kampung itu yang mengada-adakan cerita? Mengapa pemilik facebook itu tidak mencari tahu apakah punca permasalahannya? Sedangkan, dia sendiri adalah salah seorang orang kuat Umno di kawasan tersebut. Mesti ada motif lain yang sengaja dibuat, benar?

Pemilik facebook itu mengetengahkan isu mangsa kebakaran Kampung Gentisan dan seolah-olah mewakili mangsa berkenaan. Persoalannya, mengapa dia sendiri tidak memberitahu Datuk Jumat Idris atau Datuk Jainab Ahmad Ayid secara langsung berkaitan mangsa? Dan mengapa pula mengutarakan melalui facebook dengan maklumat yang samar-samar? 

Apakah ianya hanya mahu memalukan Datuk Jainab Ahmad Ayid? Tetapi tidak kepada Datuk Jumat Idris?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook