Latest News

Monday 9 May 2016

ISU BEKALAN AIR BERSIH LUAR BANDAR DI KG. RASAK DARAT TIGAMAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini saya pos dari penyelidikan bulan APRIL 2016... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) KAMPUNG RASAK DARAT TIGAMAN YANG TERLETAK DI PINGIRAN LADANG KELAPA SAWIT... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

MASALAH bekalan air bersih luar bandar (BALB) bukan sahaja berlaku di kawasan Kota Marudu, malah di kawasan-kawasan lain seperti kudat, Pitas dan Kota Belud.

Perbahasan berkaitan masalah BALB kerap ditimbulkan di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, namun jawapan kerajaan adalah masalah sumber air yang mapan. Sumber air bagi bekalan air yang berterusan hanya boleh dilakukan jika terdapatnya 'empangan' sebagai tempat mengumpul air bagi tujuan pemprosesan air.

Daerah Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan Kudat, berdepan dengan sumber air semulajadi yang terhad. Atas sebab itu, banyak perkampungan tidak dicapai oleh BALB berikutan ketidakcukupan bekalan air.

Ladang kelapa sawit Borneo Samudera merupakan ladang kelapa sawit swasta. Meskipun syarikat itu ada hubungan dengan kerajaan negeri sebagai pemegang saham, tetapi ladang kelapa sawit bukanlah sebagai pembekal air di ladang itu kerana hal tersebut hanyalah berplatform sebagai ladang sahaja.

Doris Jones mengaitkan syarikat ladang kelapa sawit dengan masalah air sebuah kampung yang sebenarnya tidak kena pada tempatnya. Ini kerana bekalan air luar bandar sangat bergantung kepada sumber air.

Kalaulah pembangkang tidak membantah pembinaan empangan di Kota Belud pada masa lalu, sudah tentu bekalan air di perkampungan termasuk Kampung Rasak Darat Tigaman juga sudah lama dapat diatasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook