Latest News

Monday 9 May 2016

Isu Pembangkang Meroyan Terhadap Kenyataan Salleh

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kan kau dulu ahli dan Menteri Kerajaan PBS Dr. Salleh... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
(ii) Baik jadi SULTAN SABAH supaya kau puas hati... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KENYATAAN Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mengenai pembangkang tidak sekali-kali mampu menjadi kerajaan alternatif telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh pemilik akaun laman muka buku  DS Chazy Chaz dan pelarian Doris Jones. Golongon-golongan ini terasa mengenai kenyataan realiti oleh Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.  

Sememangnya, pembangkang tidak layak menjadi kerajaan alternatif dengan melihat kepada kelemahan yang wujud dalam Pakatan Harapan. Kerajaan 'Alternatif' sepatutnya mempunyai kekuatan dan kukuh seperti kerajaan sekarang dan perkara inilah yang diangkat oleh Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.  

Hal ini memang terbukti bahawa dalam PRN Sarawak ke-11 baru-baru ini berlaku perebutan kerusi antara DAP dan PKR. Jika mereka merebut semasa pilihan raya negeri, bagaimana boleh menjadi sebuah kerajaan yang baik selepas menjadi kerajaan? Persoalan ini perlu difikirkan bersama. Renung-renungkan!

Selain dari itu, kebanyakan mereka yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ini menggunakan emosi semata-mata tanpa melihat kepada kandungan hujah Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak. Hal ini sangat tidak adil dan melihat tidak rasionalnya orang suruhan pembangkang ini.

Pendek kata, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak bukan 'macai' seperti mereka-mereka yang tidak berpuas hati. Mereka-mereka yang tidak berpuas hati dan menghina Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak ini merupakan orang yang dahagakan kuasa lantas sanggup menjadi macai kepada pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook