Latest News

Monday 9 May 2016

ISU SURAT KEMENTERIAN DIMANIPULASI: Laporan Polis Jainab

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) LAPORAN POLIS: SURAT KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN HAL-EHWAL PENGGUNA TELAH DISALAHGUNAKAN... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot)

ISU ini mengenai surat sokongan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang telah dimanipulasi dan disalahgunakan oleh pihak tertentu bagi membuat bancian tanpa persetujuan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Sebenarnya, sesiapapun akan membuat laporan jika namanya disalahgunakan oleh orang lain. Hakikatnya, hal ini tidak sepatutnya menjadi isu. Cuma, mereka yang ingin mendapat perhatian sahaja menjadikan laporan ini sebagai isu murahan. 

Jika laporan ini tidak dibuat, ianya akan memberi kesan yang negatif kepada Datuk Jainab Ahmad Ayid. Lebih-lebih lagi, bancian ini melibatkan maklumat peribadi masyarakat yang membolehkan wujudnya kes penipuan.

Dalam laporan ini juga, Datuk Jainab Ahmad Ayid sendiri mengalu-alukan bantuan daripada NGO tetapi dengan cara yang betul dan melalui pejabat daerah dan jabatan yang sepatutnya.

Tuntasnya, hal ini sepatutnya tidak menjadi isu tetapi malangnya tetap dan telah menjadi isu disebabkan kepentingan beberapa pihak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook