Latest News

Friday 13 May 2016

ISU Tanah Kampung Layon, Nabawan Dikaitkan Rasuah??? Sila Baca!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) inilah kebaikan jika kerja jadi pengikut UMNO... Oleh FB Page Pembongkaran penipuan BN umno (screenshot)
(ii) Setiausaha politik ketua menteri drpd Tawau... Oleh FB Solidarity 4 Sabah (screenshot)

BERBAGAI pihak memberikan reaksi terhadap Notis Penolong Pemungut  Hasil Tanah Nabawan bertarikh 13/4/2016 berasaskan Ordinan Tanah 1930 (Bab 68) Di bawah Seksyen 13, yang menerangkan bahawa pihak pemungut hasil tanah telah menerima satu permohonan daripada rakyat Sabah. Penolong Pemungut Hasil Tanah perlu memberi notis kepada rakyat bagi kawasan yang dipohon dan memberi peluang seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja membantah atau mengemukakan bantahan dengan alasan yang kukuh, mengapa keluasan tersebut tidak boleh dipohon? Bantahan tersebut termasuklah “hak” adat atau “NCR” atau surat Permohonan Tanah (PT) sebelum itu yang telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah.

Setiap proses permohonan tanah perlu melalui prosedur sebegini sebelum tindakan memproses permohonan tersebut. Permohonan tanah kerajaan bukan mudah untuk diluluskan kerana ianya melalui beberapa peringkat proses. Antaranya, kelulusan daripada Jawatankuasa  Penggunaan Tanah (LUC) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah atau ADUN kawasan berkenaan. Apabila semuanya teratur, maka baru dikemukakan kepada Pejabat Tanah Negeri. Dan jika semuanya telah diatur, maka perlu mendapat kelulusan daripada MNR (Minister of Natural Resources and Environment). Proses pemberian kelulusan tidak mudah seperti mana digambarkan kerana ianya melibatkan berbagai proses termasuk apakah terdapat permohonan bertindih atau kawasan itu merupakan tanah adat “NCR” atau sebagainya.

Surat notis daripada Penolong Pemungut Hasil Tanah itu bukannya satu kelulusan melainkan hanya penjelasan bahawa Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah ada menerima permohonan tanah.

Pihak yang mewar-warkan berkaitan permohonan tanah ini (daripada tiga individu) tidakpun memberi gambaran yang benar termasuk surat khabar Daily Express bertarikh 13 Mei 2016 halaman tiga (3) yang tidak mengesahkan berkaitan keluasan. Keluasan yang dipohon adalah 300 ekar, bukan 300,000 ekar. Inilah masalahnya apabila sesuatu berita atau cerita terus dikongsi tanpa pengesahan berkaitan dengan fakta.

Permohonan tiga individu yang disebutkan mengemukakan permohonan biasa tiada unsur keistimewaan dan ianya berasaskan prosedur yang diamalkan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah bagi setiap permohonan.

Permohonan ini merupakan salah satu pendekatan memajukan tanah-tanah kosong kerajaan agar mendatangkan hasil kepada kerajaan dan rakyat. Permohonan tanah itu adalah untuk tujuan peladangan iaitu menanam kelapa sawit. Membiarkan tanah kosong tanpa hasil sebenarnya satu kerugian kepada kerajaan dan rakyat. Dengan jelas permohonan itu adalah untuk tujuan menanam kelapa sawit dan bukannya untuk tujuan lain. Lagipun, pada kebiasaannya permohonan seperti ini adalah untuk satu tempoh tertentu dan bukannya secara kekal dan ianya sama seperti mana tanah-tanah ladang kelapa sawit di Sabah.

Kerajaan mempunyai mekanisme tertentu berkaitan kelulusan tanah kerajaan termasuklah kebolehmajuan sesuatu kawasan yang dipohon. 

Sebenarnya, sesiapapun 'bumiputera Sabah' berhak membuat permohonan tanah kerajaan dan ianya terletak kepada berbagai persyaratan yang telah digariskan melalui Ordinan Tanah 68, Sabah. Atas sebab itu, janganlah cepat melenting apabila melihat ada rakyat Sabah yang memohon tanah kerana anda-anda juga boleh memohon.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook