Latest News

Friday 27 May 2016

Jalan Bulatan 'Tuhau'

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini sahajakah kerajaan umno bn sabah boleh buat... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

APA yang digambarkan oleh Majlis Daerah di mana jalan raya bulatan yang menunjukkan 'Tuhau' adalah keunikan semulajadi, bukannya kecantikan di mata pemilik facebook itu.  Kadangkala, keunikan perlu ditunjukkan bagi sebuah taman atau sesuatu jalan seumpama itu sesuai dengan 'produk' yang ingin ditonjolkan. Kecantikan, dalam segi pembinaan tidak semestinya cantik bagi sesuatu tujuan yang mahu diketengahkan. Demikian juga Majlis Daerah yang di mana taman bulatan ini dibina.  Terserah kepada penilaian orang ramai, sama ada bentuk sesuatu taman itu cantik atau tidak asalkan keunikan sesebuah taman seperti 'Tuhau' ini perlu dihargai.

Terlihat bagaimana busuk dan dangkalnya hati pemilik facebook itu dengan memberi penilaian bahawa pembinaan taman yang mengetengahkan 'Tuhau' dikaitkan dengan keupayaan kerajaan yang diterajui Umno.  Kalaulah pemilik facebook itu mahu melihat pembinaan kerajaan yang diterajui Umno, maka melawatlah di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan lihat bangunan-bangunan, perumahan, jejambat atau 'flyover' di jalan Lintas atau jalan Karamunsing, Lapangan Terbang Antarabangasa Kota Kinabalu atau Sandakan serta berbagai pembangunan lain.  Perlu diingatkan kepada pemilik facebook itu, taman bulatan 'Tuhau' itu adalah perancangan Majlis Daerah atau Taman Perumahan dengan kos sendiri bagi menunjukkan bahawa kawasan itu terdapat banyaknya tanaman 'Tuhau'.

Bagi penggemar seni, taman bulatan yang menunjukkan arca 'Tuhau' itu adalah sesuatu karya seni yang amat menarik. AFS yakin, banyak peminat taman bulatan ini telah mengabadikan gambar termasuklah pemilik facebook yang menghina hasil karya seni taman perumahan tersebut.

Apa yang dapat dilihat melalui komen pemilik facebook itu bahawa dia adalah seorang manusia yang busuk hati, tiada nilai karya seni dan tiada kepekaan terhadap alam sekitar. Sebabnya, melalui taman bulat yang 'expose' tanah itu menunjukkan taman bulatan itu mesra alam sekitar berbanding bulatan yang beraspal.  Taman bulatan biasanya ditanami bunga-bunga sesuai dengan perancangan kerajaan tempatan atau taman perumahan. Bagi taman yang membina taman bulatan dengan mengetengahkan Tuhau adalah tidak sesuai jika ditanami bunga-bungaan kerana ianya tidak menwakili apa yang ditunjukkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook