Latest News

Sunday 1 May 2016

JANGAN SENTIMEN Masalah Semulajadi!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hari ini di sabah... Oleh FB Doris Jones (screenshot)



TUHAN Yang Maha Esa telah menjadikan kawasan daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas tidak mempunyai sungai yang besar. Perlu diketahui bahawa bagi tujuan penampungan air dan kemudiannya membina loji pemprosesan air (Proses Rawatan Air), maka sesebuah tempat perlu ada sungai sebagai sumber airnya.

Di kala musim biasa, di mana bukan dalam keadaan kering seperti Musim El-Nino, walaupun ketiadaan loji memproses air, penduduk kampung masih dapat mendapatkan air melalui air graviti atau air bawah tanah. Namun, pada keadaan kering sumber air seperti itu menerima kekeringan kerana sumber air khususnya daripada graviti (air bukit) berpunca daripada air hujan. Manakala bagi sumber air bawah tanah, biasanya tidak terjejas walaupun cuaca dalam keadaan kering.

Mereka yang mengalami kekurangan air di musim kering adalah mereka yang bergantung kepada air graviti. Ini yang berlaku di daerah-daerah tersebut.

Masalah bekalan air terawat bukan sahaja didepani penduduk kampung di utara Sabah, malahan di kawasan Kota Belud juga keadaan yang sama berlaku. Bagi mereka yang bersandar kepada air graviti, maka pada musim kering ini sedang mengalami kekurangan air. Namun, bagi mereka yang bersandar kepada air bawah tanah, bekalan air tetap seperti biasa.

Bekalan air di Utara Sabah hanya akan dapat diatasi jika dibuat satu empangan. Melihat kepada topografi, empangan hanya boleh dibuat di Kota Belud, di mana empangan itu boleh menjadi sumber bekalan air bagi kawasan-kawasan tersebut.


Pembinaan empangan adalah satu-satunya cara mengatasi bekalan air bagi kawasan Utara Sabah, termasuk Kota Belud.

Pembinaan empangan di Kota Belud terpaksa ditangguh atas sebab hasutan pembangkang terutama daripada Lim Kit Siang pada suatu ketika dahulu sehingga penduduk kampung terhasut untuk memprotes pembinaan empangan tersebut.

Jika Doris Jones mahu membela penduduk kawasan Utara Sabah untuk cepat mendapat air, pertama harus beritahu Tuhan agar cepat adakan sungai sebagai sumber air dan kedua, minta Tuhan agar penduduk yang protes pembinaan empangan bersetuju agar empangan dibina segera. Pendek kata, jangan sentimen masalah semulajadi!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook