Latest News

Tuesday 24 May 2016

Jufazli KAKI FITNAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) JAWAPAN BALAS KEPADA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH BIRO PENERANGAN UMNO SABAH... Oleh FB Jufazli Shi Ahamad (screenshot) (screenshot)

BARU-baru ini Jufazli Shi Ahmad yang mengaku sebagai Pengasas Gerakan Anak Muda telah mengeluarkan KENYATAAN FITNAH kepada Ketua Menteri Sabah mengenai kes kayu balak (isu lapuk yang diulang-ulang). Bagi AFS, Jufazli Shi Ahmad hanya ingin mendapatkan publisiti di media sosial dengan bermodalkan fitnah semata-mata. 

Mengenai kayu balak ini untuk rekod hutan simpan Sabah pada tahun 2002 hanya 838,132 hektar. 11 tahun kemudian, keluasan meningkat  kepada 1,350,574 hektar. Ertinya, keluasan hutan telah bertambah sebanyak 512,442 hektar atau 61 peratus. Ini bermakna di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman, keluasan hutan simpan semakin bertambah untuk pemuliharaan hutan serta mengelakkan banyak hutan yang ditebang. 

Sebenarnya,  industri kayu balak ini sudah lama wujud sejak zaman PBS, Berjaya dan parti sebelumnya lagi (USNO) sebagai sumber ekonomi Sabah. Semasa Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri, masih wujud konsensi perjanjian kayu balak. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Musa Aman sanggup membayar RM1 juta kepada pemilik konsesi kayu balak yang belum tamat tempoh di mana konsensi itu diberikan sebelum Datuk Seri Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri agar syarikat-syarikat itu menggunakan piawaian antarabangsa dalam proses pembalakan mereka.

Berkaitan wang derma RM40 juta kepada UMNO Sabah bukan sahaja SPRM akan tetapi Suruhanjaya Bebas Pencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong juga menyatakan bahawa tiada sebarang salah laku terhadap sumbangan tersebut. Ini kerana sumbangan tersebut disumbangkan kepada UMNO Sabah. Penyata akaun UMNO Sabah dengan jelas mencatat butiran kemasukan wang tersebut.

Tuntasnya, Jufazli Shi Ahmad hanya membuat fitnah agar mendapat perhatian daripada masyarakat. Masyarakat/netizen di Sabah harus berhati-hati dengan boneka pembangkang ini!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook