Latest News

Monday 9 May 2016

Kain Rentang Palsu Cubaan Mengadu Domba!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa pemimpin sabah yg pergi berkempen di sarawak... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(ii) Apa kata kita Sabahan bila nampak banner itu... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

APA yang pasti, kain rentang yang diviralkan tidak pernah dipasang di mana-mana kawasan di Sarawak sempena PRN 11 Sarawak yang berlabuh pada 7 Mei 2016 hari Sabtu yang lalu. Kain rentang itu hanya terpasang di laman facebook pembohong seperti Dusun Ausie.

Kain rentang yang diviralkan itu sebenarnya rekaan pembangkang bagi maksud adu domba antara pemimpin Sabah dan Sarawak serta para pemimpin dua negeri itu.

Dalam semangat Barisan Nasional yang memerintah negara termasuk di Sarawak, tiada perasaan seperti mana yang tertulis pada kain rentang itu.

Pihak pembangkang ketandusan isu untuk membidas kerajaan, maka tulisan seperti mana pada kain rentang itu juga direka dan dibuat-buat.

Sebenarnya, di mana sahaja di negara ini polisi atau kebijaksanaan adalah sama atas sebab kerajaan diperintah oleh parti yang sama, kecuali di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Sabah dan Sarawak merupakan negeri simpanan tetap Barisan Nasional. Atas sebab itu, cubaan mengadu domba para pemimpin dan rakyatnya dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook