Latest News

Wednesday 4 May 2016

Kalau Tidak Ada Rasuah, Apa Yang Perlu Disiasat?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bukan sahaja Ketua Menteri yang kalis siasatan... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS Jones, kalau beria-ia sangat mahu menyiasat semua pemimpin kerajaan termasuk Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, maka sila perlu menunjukkan bukti-bukti rasuah mereka. Pelarian itu boleh memuat naik tuduhan benar dan betul, membuat laporan polis dan seterusnya menyalurkan bukti-bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Oleh kerana pelarian itu bersama pencacainya langsung tidak mempunyai sebarang bukti melainkan membebel dengan kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab, fitnah dan bohong, maka tidak mungkin boleh mengemukakan sebarang bukti sampai bila-bilapun.

Bagaimana SPRM boleh menyiasat jika tidak ada yang perlu disiasat?

Janganlah membawa sekali Datuk Halik Zaman kerana beliau telah meninggal dunia. Lagipun, semua tuduhan mantan pemimpin PKR Sabah itu, tidak berasas dan tidak pernah beliau nyatakan kepada umum. Sekiranya semasa hidupnya beliau menyatakan itu seperti mana kenyataan Doris, maka sudah lama beliau akan berhadapan dengan saman fitnah.

Doris berani menghina SPRM kerana dia berada di London. Sila cuba buktikan kalau berani dan pulang ke Sabah.

Doris tidak tahu bahawa semua ADUN Sabah telah menandatangani satu bentuk kerjsama (Surat Akujanji) dengan SPRM dalam soal-soal rasuah dan integriti. Semua ADUN telah mengemukakan senarai harta mereka kepada SPRM. Tujuan kepada semua itu agar pihak SPRM dapat memantau apakah para ADUN hidup mewah dan tidak sesuai dengan pendapatan mereka.

Biasalah, mereka yang busuk hati seperti Doris Jones dan pencacainya kerana mereka ini langsung tidak mempunyai sebarang sokongan di pentas politik, maka sampai bila-bilapun hanya akan terus menjadi pemfitnah tegar. Sekali lagi, Doris terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidupnya kerana dia dibayar berasaskan kadar pembohongannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook