Latest News

Wednesday 4 May 2016

KELUASAN KENINGAU JADI TARUHAN: Anda Benar-Benar Seperti Katak Di Bawah Tempurung!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Wajib tengok... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

KALAU seseorang (Dusun Ausie) seperti katak bawah tempurung, memang demikian fikirannnya kerana dia merasa dunia ini miliknya.

Satu hari nanti, dia akan terfikir bahawa mengapa kampungnya, tidak boleh menjadi sebuah negara. Fikiran dia ini bolehlah diumpamakan mengapa cicak tidak boleh jadi biawak atau buaya?  Dia hanya berfikir bahawa sesebuah negeri itu hanya terhad kepada keluasan dan sebab itu membandingkan mengapa Keningau tidak boleh jadi negeri. Kalau bandingkan Keningau dengan Singapura, daerah itu lebih besar dan luas. Terang dan nyata, bukan?

Dia tidak terfikir sesebuah negeri itu perlu mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh membantu pentadbiran sesebuah negeri.

Pemilik facebook itu sangka dengan tanah luas dan tanpa orang, maka kawasan itu boleh jadi negeri. Dia terfikir dengan tanah luas serta tiada aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan wang, maka kawasan itu boleh jadi negeri.

Dalam dunia sekarang, macam-macam karenah orang termasuk pemilik facebook itu yakni berfikir dengan tidak mengunakan akal dan logik. Yang dia tahu, hanya sesuka hati menulis di akaun laman bukunya dan menghasut netizen yang lain. Tak gitu?

Mungkin 200 tahun akan datang, daerah Keningau boleh jadi negeri tetapi bukan pada masa sekarang, pun demikian, pengalaman Amerika Syarikat walaupun merdeka pada tahun 1776 dengan 52 wilayah, namun sehingga kini selepas 240 tahun, masih juga tidak ada penambahan wilayah. Renung-renungkan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook