Latest News

Thursday 26 May 2016

Kenyataan Jainab Adalah Fakta

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) bila babu berbicara apa yg melalutnya... Oleh FB Milin Biok Jr (screenshot)

YANG terbaru apabila pemilik akaun laman facebook Milin Biok Jr. telah menjadikan fakta Jainab mengenai sabah catat peratusan tertinggi kes HIV disebabkan perbuatan seksual dijadikan modal untuk pemilik akaun ini mendapatkan publisiti. 

Pemilik akaun ini telah menyatakan bahawa Datuk Jainab Ahmad Ayid melalut mengenai isu ini. Sedangkan, isu ini adalah isu serius dan bukannya yang remeh. Memang benar bahawa faktor yang menyebabkan kes HIV ini tinggi adalah perbuatan seks bebas. Datuk Jainab Ahmad Ayid sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal pengguna wajar mengeluarkan fakta ini.

Dalam kenyataan Datuk Jainab Ahmad Ayid ada mengatakan sejak tahun 1991 hingga tahun 2015, sebanyak 2,281 kes HIV telah direkodkan dengan melibatkan 89.6% kes heteroseksual, 3.25 kes homoseksual dan biseksual di Sabah.

Pembaca AFS sendiri dapat menilai melalui fakta ini bahawa kes HIV ini perlu dipandang serius. Tetapi, perkara ini telah dijadikan modal politik bagi mereka dan yang lebih teruk lagi adalah pengikut-pengikut pemilik laman muka buku ini telah menggunakan ayat cacian dan makian kepada pemimpin kita.

Tuntasnya, mereka hanya mencari publisiti politik dan bukan memikirkan soal keselamatan rakyat mengenai ancaman penyakit merbahaya ini yang sedang melanda masyarakat kita.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook