Latest News

Thursday 12 May 2016

LAGI TANAH SAFODA: Ambil Gambar LKPNS Dan Menghasut!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) guna saja sistem SUMPIT atau JANGAN MASUK KE KAMPUNG RAMPAS TANAH... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

LIHAT bagaimana Doris Jones mengajar orang kampung melanggar undang-undang. Pelarian itu mahu rakyat menggunakan kekerasan melawan yang bukan milik mereka. Sungguh hebat sekali! Mana ada dan tidak ada tanah rakyat yang diambil oleh SAFODA? Rakyatlah yang menceroboh tanah-tanah SAFODA! 

Sebagai contoh, masalah setinggan di bandar-bandar seperti di Sembulan suatu ketika mahupun di Inanam, rakyatlah yang menceroboh tanah-tanah kerajaan. Demikian juga halnya dengan tanah SAFODA. Mereka yang menceroboh tanah-tanah SAFODA adalah mereka-mereka yang sebelumnya sudah diberikan geran tanah. Namun kerana tamak wang, maka menjual tanah-tanah yang diberikan oleh kerajaan itu untuk tujuan keuntungan segera. Oleh kerana tanah sudah tiada kerana sudah dijual, maka tindakan selanjutnya adalah menceroboh tanah kerajaan. Oleh kerana tanah-tanah SAFODA berada di pedalaman, maka tanah SAFODA pula yang menjadi mangsa mereka. Malang sungguh ada pemimpin politik yang menyebelahi mereka sebagai pertukaran untuk sokongan. Pemimpin politik tertentu ini seolah-olah di belakang para penceroboh ini demi tujuan jangka pendek, iaitu sokongan undi!

Doris Jones mendapat elaun daripada pemimpin parti pembangkang selain pihak-pihak tertentu di UK agar terus melakukan propaganda. Doris tiada pilihan kerana hidupnya sangat bergantung kepada elaun-elaun yang diberikan. Atas sebab itu, terpaksalah berani menebal muka dan menghasut agar rakyat melanggar undang-undang termasuk menggunakan 'sumpit beracun' dan mungkin 'senapang buatan sendiri'. Apabila ada penduduk yang terhasut dan bertindak, maka Doris Jones akan lepas tangan dan goyang kaki di UK. Kerja senang, bukan?

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada bulan April lalu, salah seorang ADUN membawa isu tanah SAFODA dengan hujah seperti hujah Doris. Jawapan pihak kerajaan terhadap hujah itu sangat mudah. Sebenarnya, tiada tanah rakyat yang diambil oleh SAFODA melainkan rakyatlah yang menceroboh tanah-tanah SAFODA dengan kononnya mengguna pakai status tanah NCR. Oleh kerana kerajaan mempunyai data berkaitan dengan tanah-tanah SAFODA, maka ADUN berkenaan tidak dapat menyokong hujahnya bahawa tanah-tanah SAFODA adalah bukan tanah NCR kerana memangpun tanah-tanah SAFODA itu adalah tanah kerajaan dan tidak berpenghuni semasa ianya diberikan kepada SAFODA. Noktah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook