Latest News

Tuesday, 10 May 2016

LAPORAN DITERIMA: Setinggan Inanam Juga Bersama Rakyat Tempatan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PTI, setinggan dan jalan sesak antara kebimbangan utama penduduk Inanam... Oleh FB Yoku Tanak Mororobuat (screenshot)

SETINGGAN di Inanam bukan semata-mata daripada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melainkan setinggan di kawasan itu juga adalah rakyat tempatan dari daerah lain. Ini khususnya daripada daerah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Kuala Penyu dan kawasan-kawasan lain termasuk daerah Kota Belud.

Laporan yang diterima oleh AFS, operasi yang dijalankan pihak berkuasa awal tahun ini, daripada lebih 1400 rumah yang periksa hanya mendapati kurang daripada 50 orang adalah pendatang asing tanpa izin.

Kawasan setinggan memang sesak atas sebab pembinaan rumah tidak teratur, malah saling bersesak-sesak akibat kawasan yang sempit.

Kawasan setinggan memang tumbuh bagaikan cendawan di kawasan Inanam dan sekitarnya kerana atas limpahan daripada setinggan daripada kawasan Likas, Sembulan dan Tanjung Aru.

Biasanya, rumah-rumah setinggan yang dibina adalah daripada kumpulan tertentu sama ada dari daerah yang sama atau kumpulan etnik yang sama. Ini kerana melalui cara itu, mereka dapat membina rumah setinggan kilat secara gotong royong. Rumah setinggan boleh disiapkan dalam beberapa jam sahaja dan sebab itulah di kawasan-kawasan setinggan berkeadaan sesak serta kurangnya kemudahan awam seperti tempat pembuangan sampah sehingga kawasan tersebut menjadi kotor.

Rumah-rumah setinggan ini sebenarnya dari masa ke masa dirobohkan oleh pihak DBKK. Namun selepas diroboh, esoknya dibangun lagi. Pembasmian setinggan hanya dapat dijalankan jika semua pihak bekerjasama khususnya para pemimpin politik dengan pihak berkuasa tempatan tanpa kompromi.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook