Latest News

Monday 16 May 2016

NASIB SABAH DI TANGAN KAUM MELAYU BARU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) NASIB SABAH DI TANGAN KAUM MELAYU BARU... Oleh FB Naspazi Channel (screenshot)

SEJAK merdeka lagi, kedudukan nisbah antara penduduk bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan kaum Cina, sehingga kini hampir sama atau tiada perubahan. Nisbah 40:40:20 sehingga kini masih berlaku. 

Dakwaan kononnya ada kaum baru yang wujud, sebenarnya, hanya dakwaan tidak berasaskan kepada fakta demografi sebenar penduduk Sabah.

Nisbah penduduk Sabah itu dapat dilihat di kawasan-kawasan pilihan raya, data statistik demografi dan sebagainya. Memang ada rakyat asing menjadi warganegara. Menurut Jabatan Pendafaran Negara, sejak tahun 1963 sehingga tahun 2015, hanya 90,000 rakyat asing diberikan kewarganegaraan atau dalam erti kata lain, dalam setahun tidak sampaipun 2,000 orang diberikan kewarganegaraan.

Penduduk Sabah setakat tahun 2015 dianggarkan seramai 3.4 juta orang. Ertinya, 90,000 itu hanya 2.6 secara keseluruhan. Perlu diingat bahawa daripada 90,000 yang diberikan kewarganegaraan itu, hanya 60,000 masih hidup.

Dakwaan bahawa penduduk Sabah akan diambil alih oleh penduduk baru, hanya rekaan orang-orang tertentu yang tidak mempergunakan data sebenar seperti mana terdapat dalam statistik atau data demografi Sabah. Sebaliknya, hanya mengagak di hujung jari lalu menulis dengan berbagai dakwaan.

Inilah masalah utama dalam dunia tanpa sempadan dengan berbagai kaedah menyebarkan maklumat. Kalaulah maklumat itu betul, maka akan menambah khazanah maklumat tetapi maklumat yang disebarkan pula kebanyakannya maklumat rekaan sendiri serta tidak disokong oleh sumber-sumber yang sahih.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook